Kelebihan & Proses Pemfaktoran Invois

Apakah itu Pemfaktoran Invois?

Sebelum mengetahui tentang proses pemfaktoran invois, kita perlu mengetahui apakah itu pemfaktoran invois terlebih dahulu. Pemfaktoran invois merupakan suatu proses di mana sebuah perniagaan menjual invois-invois yang masih tertunggak kepada syarikat pemfaktoran bagi mendapatkan wang tunai segera. Ini bertujuan untuk membantu perniagaan mengekalkan aliran tunai yang stabil walaupun penghutang masih lagi belum membayar invois sedia ada.

Proses Pemfaktoran Invois yang anda perlu tahu

Proses pemfaktoran invois dibahagikan kepada tiga langkah utama iaitu:

Pre-Approval (Pra-Kelulusan)

“Pra-Kelulusan” merupakan langkah di mana syarikat pemfaktoran akan meniliti borang permohonan dan dokumen lengkap yang dihantar oleh pelanggan bagi melakukan pemfaktoran invois. Kebiasaannya, proses ini mengambil masa selama 3 hari bekerja. Jika permohonan oleh pelanggan tidak lengkap, proses pemfaktoran invois akan dihentikan manakala permohonan yang lengkap akan dimaklumkan kepada pelanggan.

Seterusnya, syarikat pemfaktoran akan menghantar memorandum kredit kepada pelanggan dan penilaian risiko akan dilaksanakan oleh syarikat pemfaktoran. Jika penilaian risiko diluluskan, ianya akan dihantar kepada Pengurus Besar untuk menyemak dan memberi kelulusan. Setelah pengurus besar memberikan kelulusan, ianya pula akan diserahkan kepada Pengarah Urusan untuk kelulusan akhir. Jika ditolak pada sebarang peringkat maka proses pemfaktoran invois akan diberhentikan.

Post-Approval (Selepas Kelulusan)

Setelah proses “Pra-Kelulusan” berjaya dan semua dokumen diluluskan, proses pemfaktoran invois yang seterusnya pula merupakan “Selepas Kelulusan” di mana surat tawaran dan perjanjian akan disediakan oleh syarikat pemfaktoran. Surat tawaran dan perjanjian tersebut pula akan dicop rasmi.

Selepas surat tawaran dan perjanjian tersebut dicop rasmi, pelanggan akan menandatangani surat dan perjanjian serta membuat pembayaran yuran pemprosesan. Pelanggan diingati untuk membaca perjanjian dengan teliti bagi memastikan bahawa pelanggan memahami intipati perjanjian tersebut.

Pre-Disbursement (Pra-Pembayaran)

Perkara yang terakhir dalam proses pemfaktoran invois merupakan “Pra-Pembayaran” di mana semakan pematuhan dilakukan untuk memastikan segala syarat dipatuhi. Tambahan lagi, semakan pra-pembayaran juga akan dilakukan. Setelah itu, ianya akan dihantar pada bahagian kewangan untuk diproses.

Akhir sekali, pembayaran akan dilaksanakan. Bagi pembayaran, terdapat dua aliran pembayaran iaitu Post-Financing (pembayaran kepada pelanggan) dan Pre-Financing (pembayaran kepada pembekal).

Kelebihan mengambil Pemfaktoran Invois

Setelah anda mengetahui secara mendalam tentang proses pemfaktoran invois, anda mungkin tertanya-tanya apakah kelebihan mengambil pemfaktoran invois ke atas syarikat anda.

Memperolehi akses wang tunai dengan segera

Pembayaran cepat untuk pemfaktoran invois
Pembayaran cepat untuk pemfaktoran invois

Pemfaktoran invois menawarkan wang tunai dengan segera kepada syarikat anda untuk membantu operasi perniagaan agar tidak mengalami masalah dari segi kewangan. Kebiasaannya pelanggan akan mengambil masa selama berminggu mahupun berbulan untuk membayar invois ke syarikat anda. Dibandingkan dengan pemfaktoran invois, anda akan memperolehi wang dalam masa yang jauh lebih pantas.

Tidak memerlukan cagaran dan mudah mendapat kelulusan

Tidak seperti pinjaman bank, pemfaktoran invois merupakan suatu alternatif yang lebih mudah untuk mendapat kelulusan. Biarpun tidak mempunyai skor kredit mahupun penyata kewangan yang baik serta mempunyai sebarang cagaran, pemfaktoran invois tidak menitik beratkan perkara tersebut. Malah, proses untuk mendapatkan kelulusan bagi pemfaktoran invois lebih pantas berbanding dengan pinjaman bank.

Lebih banyak peluang dalam menjana keuntungan

peluang untuk menjana keuntungan

Dengan pemfaktoran invois, anda boleh menjana keuntungan syarikat anda, mengambil kontrak yang lebih besar tanpa merisaukan kewangan syarikat anda. Tanpa pemfaktoran invois, syarikat anda mungkin tidak mampu dari segi kewangan untuk menanggung kos projek yang besar dan bakal mengakibatkan kerugian pada syarikat anda. Oleh itu, pemfaktoran invois boleh membantu anda meningkatkan kewangan syarikat.

Bagi syarikat yang ingin membuat pemfaktoran invois, anda boleh menghubungi syarikat pemfaktoran untuk informasi lebih lanjut. Syarikat pemfaktoran boleh dihubungi melalui laman web rasmi klik disini, email ataupun hubungi terus ke nombor syarikat.

Leave a Comment