Pengaliran Tunai Yang Baik Mampu Meningkatkan Pengurusan Kewangan Syarikat Anda

Pengaliran tunai juga dikenali sebagai “cash flow” yang merupakan definisi bagi aliran masuk dan keluar wang tunai dari sesebuah organisasi atau syarikat. Di dalam pengurusan kewangan, pengaliran tunai merupakan suatu komponen penting kerana ia membolehkan anda mengetahui berapa banyak wang yang tersedia. Ianya dapat memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku seperti aliran tunai yang negatif. Apa pula aliran negatif itu? Kita akan mengetahui dengan lebih mendalam dalam artikel ini.

Apakah Itu Pengaliran Tunai

Pengaliran tunai terbahagi kepada dua iaitu aliran tunai positif dan aliran tunai negatif.

Pengaliran Tunai Positif

Aliran tunai positif berlaku apabila pendapatan ataupun keuntungan melebihi perbelanjaan ataupun kerugian dalam syarikat. Sebagai contoh, jika syarikat mendapat keuntungan sebanyak RM9,000 sebulan dan jumlah perbelanjaan bulanan adalah RM4,000, maka syarikat anda akan memperoleh aliran tunai positif sebanyak RM 5,000. Aliran tunai yang positif ini merupakan suatu komponen yang penting bagi membolehkan syarikat anda menyediakan dana kecemasan, melabur dan membayar hutang dengan lebih cepat. Pengaliran tunai yang positif dapat memberikan syarikat anda lebih keselamatan dan fleksibiliti yang lebih baik dalam syarikat. Ianya juga mampu memgurangkan tekanan terhadap syarikat dan memastikan syarikat dapat terus beroperasi.

Pengaliran Tunai Negatif

Aliran tunai negatif pula sebaliknya di mana, ianya berlaku apabila perbelanjaan ataupun kerugian melebihi pendapatan ataupun keuntungan. Contohnya, jika syarikat anda perolehi RM 9,000 keuntungan tetapi jumlah perbelanjaan bulanan syarikat anda pula 9,800, ianya menunjukkan syarikat anda mempunyai aliran tunai yang negatif sebanyak RM 800. Perkara ini perlu diselesaikan dengan secepat mungkin supaya syarikat anda tidak terjejas. Akibat daripada aliran tunai negatif, ia dapat memaksa penggunaan simpanan, kad kredit dan pinjaman untuk menampung nilai yang tertunggak. Disebabkan perkara ini, hutang syarikat berkemungkinan bertambah jika tiada jalan penyelesaian dibuat dengan segera kestabilan kewangan syarikat akan terjaga.

Jadinya, untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, pengaliran tunai harus diteliti. Syarikat perlu memastikan aliran tunai sentiasa berada dalam kedudukan positif dan bukan negatif. Terdapat pelbagai impak jika aliran tunai kekal positif diantaranya syarikat dapat menampung perbelanjaan tanpa perlu menggunakan simpanan atau mengumpul hutang. Dengan sentiasa mengekalkan aliran tunai positif, anda dapat membina asas kewangan yang kukuh yang menyokong kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang.

Bagaimana Untuk Merancang Kewangan Syarikat Anda

Perancangan kewangan merupakan satu proses jangka masa panjang untuk menguruskan status kewangan semasa anda. Dengan pengurusan kewangan yang baik, ia dapat menentukan hala tuju serta strategi syarikat anda pada masa hadapan.

Perancangan kewangan adalah suatu elemen yang sangat penting dalam mengatur kewangan semasa syarikat anda. Ia dapat memastikan anda mampu mengawal risiko jika berlaku sebarang masalah contohnya seperti kes kecemasan, kerugian pelaburan atau pembayaran hutang. Perancangan kewangan bukan sahaja untuk membantu syarikat anda jika berlaku masalah. Matlamat utama perancangan kewanagan ini adalah sebagai persediaan masa hadapan jika berlaku sesuatu yang tak dijangka.

Jenis Perancangan Kewangan

Perancangan kewangan mempunyai dua iaitu perancangan kewangan jangka pendek dan perancangan kewangan jangka panjang.

Bagi perancangan kewangan jangka pendek, ianya memerlukan proses untuk mengenal pasti status keperluan kewangan anda dan proses membaik pulih kewangan anda. Jika ianya berlarutan selama tempoh satu tahun, ianya boleh dianggap sebagai perancangan kewangan ” jangka pendek”. Tempoh bagi jangka pendek di antara 6 bulan hingga 5 tahun. Tindakan perancangan kewangan jangka pendek membantu syarikat meningkatkan bekalan, pesanan inventori dan senarai gaji mereka.

Manakala bagi perancangan kewangan jangka panjang pula, ia dinilai daripada melihat anggaran keuntungan dan perbelanjaan dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Tempoh bagi jangka panjang pula adalah melebihi 10 tahun. Faktor lain juga harus dinilai seperti keadaan ekonomi, kestabilan politik dan juga perbelanjaan masa depan. Ia penting dan perlu untuk peningkatan aliran tunai, penyelidikan dan pembangunan, pengembangan syarikat dan banyak lagi.

Manfaat Yang Dapat Diperolehi Daripada Perancangan Kewangan

Mencapai Perancangan Kewangan Yang Diingini

Perancangan kewangan membenarkan syarikat mencapai objektif kewangan dan membangunkan strategi untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik. Setiap syarikat mempunyai impian dan tujuan yang pelbagai, dengan perancangan kewangan yang stabil membolehkan syarikat membangun. Sedikit tambahan, bagi membantu syarikat anda mencapai perancangan kewangan dengan lebih mudah adalah dengan membahagikan matlamat besar kepada beberapa matlamat yang kecil.

Mendapatkan Ketenangan Jiwa

Dengan mempunyai perancangan kewangan yang baik, individu mahupun syarikat akan mendapatkan ketenangan. Ini kerana kecemasan pada masa hadapan mungkin berlaku dan tidak perlu terlalu risau disebabkan perancangan kewangan yang baik membolehkan anda berdepan dengan situasi tersebut. Simpanan kecemasan dan perlindungan insurans dapat membantu anda untuk menangani segala kecemasan yang boleh berlaku bila-bila masa.

Mengelakkan Penyelewengan

Di dalam aktiviti perniagaan, penyelewengan boleh terjadi dan terdapat pelbagai kes yang telah terjadi. Jika sesebuah syarikat tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik maka syarikat akan mengalami masalah dalam mengenal pasti penyelewengan telah berlaku. Segala transaksi harus direkodkan supaya perancangan kewangan tidak terencat.

Leave a Comment