Cuba anda lihat semula masalah yang ada dalam perniagaan anda. Mungkin mengimplikasikan khidmat pembiayaan perniagaan mampu untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat pelbagai kaedah serta instrumen kewangan dalam pembiayaan perniagaan yang digunakan oleh syarikat untuk mendapatkan dana yang diperlukan untuk operasi, pertubuhan, atau projek khusus.
5 sebab pentingnya peniaga harus memahami pembiayaan perniagaan
- Untuk aliran tunai yang stabil
- Pertumbuhan dan pengembangan syarikat
- Pengurusan hutang yang efisyen
- Keupayaan dalam menghadapi persaingan
- Memahami konsep pembiayaan dan menjalankan strategi yang baik meningkatkan kepercayaan pelabur dan pemegang saham terhadap kesihatan kewangan syarikat.
Selain itu, terdapat beberapa jenis pembiayaan perniagaan yang tersedia, dan pemilihan jenis pembiayaan tertentu bergantung pada keperluan perniagaan dan keadaan kewangan anda. Berikut adalah antara jenis pembiayaan perniagaan yang biasa digunakan dalam perniagaan.
- Pinjam Bank
Bagi pinjaman bank, syarikat akan meminjam dana dari bank dengan membayar faedah dan mengembalikan pinjaman tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pembiayaan Ekuiti
Selain itu, pembiayaan ekuiti biasanya melibatkan dalam pengumpulan wang untuk perniagaan dengan menjual sebahagian pemilikan(ownership). Pelabur akan menyumbang dana sebagai pertukaran untuk sebahagian daripada syarikat. Oleh itu, kaedah ini mampu membantu perniagaan dalam mengumpul modal tanpa mengambil hutang. Namun, peniaga perlu berkongsi keuntungan dan membuat keputusan dengan pelabur.
- Pembiayaan Hutang (Debt Financing)
Seterusnya dalam pembiayaan hutang, anda sebagai peniaga perlu meminjam wang untuk perniagaan anda. Ia melibatkan pengambilan pinjaman yang perlu dibayar balik dengan kadar faedah (interest rate). Kaedah ini membantu perniagaan dalam mendapatkan dana yang mereka perlukan. Namun, mereka perlu membayar semula jumlah yang dipinjam bersama faedah(interest) yang dipersetujui.
- Pembiayaan Vendor
Pembiayaan vendor dalam perniagaan bermaksud, untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada pembekal. Hal Ini kerana, daripada anda membayar untuk barang atau perkhidmatan terlebih dahulu, peniaga perlu membuat perjanjian dengan pembekal untuk menangguhkan pembayaran atau mengatur pelan pembayaran. Pembiayaan Vendor ini membantu perniagaan dalam menguruskan aliran tunai dan membina hubungan yang lebih baik dengan pembekal.
- Pembiayaan Pemfaktoran
Disamping itu, pemfaktoran dalam pembiayaan perniagaan adalah seperti anda menjual invois anda yang belum dibayar untuk wang tunai segera. Daripada anda menunggu pelanggan untuk membayar, anda jual akaun yang belum terima anda kepada pihak ketiga (syarikat pemfaktoran) pada harga diskaun.
Ini dapat memberikan aliran tunai yang cepat walaupun bukan jumlah invois yang penuh dan syarikat pemfaktoran tersebut akan mengambil alih dalam tugasan untuk mengutip bayaran daripada pelanggan.
10 Strategi Yang Perlu Diterapkan Dalam Bisnes
- Perancangan Kewangan
Bentukkan perancangan kewangan yang terperinci termasuk pendapatan, perbelanjaan, dan matlamat kewangan. kesimpulannya, ini dapat membantu dalam pengurusan kewangan secara keseluruhan.
- Pelbagaikan Sumber Pembiayaan
Meneroka pelbagai pilihan pembiayaan seperti pinjaman, ekuiti, dan sumber pembiayaan alternatif. Dengan adanya kepelbagaian sumber, ia dapat mengurangkan kebergantungan pada satu saliran.
- Pengurusan Modal Kerja
Seterusnya, uruskan modal kerja dengan cermat. Termasuklah pengurusan stok, perundingan terma pembayaran dengan pembekal, dan pemunggahan pembayaran pelanggan.
- Meramalkan Aliran Tunai
Lebihan lagi, melaksanakan ramalan aliran tunai yang kukuh untuk meramalkan keperluan kewangan dan mengenalpasti potensi kekurangan dana dapat membantu dalam membuat keputusan yang lebih efisien dan proaktif.
- Membuat Perundingan Terma Dengan Pembekal
Anda perlu membincangkan terma pembayaran yang menguntungkan dengan pembekal untuk menangguh pembayaran atau merangka perjanjian pembayaran yang fleksibel bagi menambah baikkan aliran tunai anda.
- Adakan Tabung Kecemasan
Menyediakan dana kecemasan dapat membantu dalam menampung perbelanjaan yang tidak dijangka atau gangguan dalam aliran tunai malahan Ia dapat dijadikan sebagai “backup plan” kewangan ketika berada pada masa yang sukar.
- Pelaburan dalam Teknologi
Memanfaatkan teknologi untuk menyelaraskan operasi, mengautomosikan proses (automate processes) dan meningkatkan kecekapan keseluruhan. Hal ini boleh membawa kepada penjimatan kos dalam jangka masa panjang.
- Pemeriksaan Kesihatan Kewangan Berkala (Regular Financial Health Checks)
Menjalankan penilaian kewangan secara berkala untuk mengenal pasti isu-isu yang berpotensi untuk menjadi masalah pada aliran tunai lebih awal. Ini termasuk dengan menyemak penyata kewangan, penunjuk prestasi utama dan nisbah (ratios).
- Bina Hubungan Perbankan yang Teguh
Seterusnya, mengekalkan hubungan yang kukuh dengan institusi kewangan. Komunikasi yang kerap dengan bank boleh membawa kepada hubungan pembiayaan yang lebih baik dan nasihat tentang pengurusan kewangan.
- Pemantauan dan Penyesuaian Berterusan
Pemantauan prestasi kewangan secara kerap dan menyesuaikan strategi berdasarkan keadaan pemasaran, arah aliran industri dan perubahan dalaman.
Mempertimbangkan pilihan pembiayaan yang strategik untuk perniagaan anda boleh menjadi pemangkin yang kuat untuk perkembangan syarikat, penyediaan modal yang diperlukan untuk merebut peluang yang bakal muncul, mengharungi cabaran serta untuk mendorong perniagaan anda ke arah kejayaan pada jangka masa yang panjang.