Panduan untuk Pengurusan Kewangan

Mulakan Simpanan Wang

Pengurusan kewangan bagi rakyat Malaysia amatlah penting. Hanya 11% rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan kewangan yang cukup untuk membantu mereka menghadapi kegawatan ekonomi, menurut Institut Penyelidikan Khazanah. Hal ini amat membimbangkan kerana sekiranya terdapat masalah dalam kegawatan ekonomi, ramai rakyat Malaysia berkemungkinan tidak dapat menampung sara hidup mereka oleh kerana tidak mempunyai simpanan kewangan. Untuk memastikan kestabilan kewangan sendiri, kita haruslah berdisiplin untuk menyimpan sejumlah wang daripada pendapatan kita setiap bulan. Dengan ini, kita dapat bantu diri sendiri sewaktu ekonomi mengalami apa-apa masalah.

Pelaburan

Kita dapat meningkatkan wang kita melalui pelaburan setelah mempunyai wang simpanan yang mencukupi. Malaysia mempunyai banyak pelaburan di pasaran, terdapat pelaburan jangka pendek, jangka panjang, unit amanah dan Skim Persaraan Swasta (SPS). Sebelum meneruskan dengan pelaburan, terdapat beberapa faktor seperti toleransi risiko (Risk Appetite), masa yang kita ada untuk pantau pelaburan dan matlamat hidup dan keutamaan sama ada simpanan ini adalah untuk perubahan gaya hidup, perkahwinan, pendidikan, rumah baru atau persaraan.

Maksimumkan Pulangan Cukai

Pengecualian cukai pendapatan dapat membantu dengan penampungan kehidupan seharian seseorang. Pengecualian cukai disediakan bagi mereka yang menanggung ibu bapa yang berumur atau meraka yang mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah. Walaubagaimanpun, terdapat topik pulangan cukai ini selalu dilepas pandang. Rancangan untuk melabur dan mengisi borang pengecualian cukai dapat memaksimumkan pulangan kita.

Mementingkan Kesihatan

Kesihatan seseorang itu amat penting untuk dijaga, ada yang pergi ke gimnasium, ada yang bersenam di rumah. Walaubagaimanapun, kadang-kadang ada juga perkara yang tidak dijangkakan atau diinginkan berlaku. Oleh kerana peningkatan dalam kos perubatan, ia amatlah penting untuk mempunyai pelan sewaktu apa-apa kecemasan. Sama ada seseorang itu mempunyai kad perubatan atau menggunakan polisi kesihatan yang telah ditetapkan oleh majikan. Untuk pengurusan kewangan, kita haruslah simpan duit agar dapat menampung sara diri jika ada kecemasan berlaku.

Perancangan bagi Masa Hadapan

Perancangan bagi masa hadapan sangatlah penting agar kita dapat bersedia jika apa-apa yang berlaku dimana kita harus menjadi berdikari. Dalam keluarga, kita selalu bergantung kepada pencari nafkah utama, iaitu bapa. Sebagai seseorang anak yang tiada pendapatan, kita akan bergantung pada bapa untuk menampung sara kehidupan. Jika pencari nafkah utama sudah meninggal, keluarga dapat berdikari dengan simpanan wang untuk menampung sara hidup mereka. Keluarga juga haruslah mementingkan pengurusan kewangan dan berbelanja secara sederhana.

Leave a Comment