Panduan “Cryptocurrency”

Panduan cryptocurrency dapat membantu kita untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cryptocurrency dan bagaimana untuk mendalami cryptocurrency. Oleh itu, mari kita membaca lebih lanjut tentang panduan “cryptocurrency”.

Apa Itu “Cryptocurrency”?

Cryptocurrency merupakan mata wang digital yang menggunakan kriptografi untuk menjaminkan transaksi yang telah dilakukan dan untuk mengawal unit baharu yang telah dicipta. Mata wang kripto berfungsi sebagai mata wang dan sebagai sistem perkaunan maya yang digunakan bersama teknologi penyulitan. Tetapi, mata wang kripto tidak tertakluk kepada kawalan kerajaan atau institusi kewangan, yang bermaksud bahawa mata wang kripto ialah “decentralized”. Contoh cryptocurrency ialah Bitcoin. Bitcoin merupakan mata wang kripto yang pertama dan yang paling terkenal. Bitcoin telah diperkenalkan pada tahun 2009. Selain daripada bitcoin, terdapat juga Litecoin dan Ethereum.

Cara “Cryptocurrency” Berfungsi

Mata wang kripto berfungsi pada “blockchain”, iaitu lejar awam yang diedarkan. Semua transaksi yang direkodkan dan semuanya dikemas kini dipegang oleh pemegang mata wang. Unit mata wang dihasilkan melalui perlombongan, ia perlukan komputer untuk menyelesaikan masalah matematik dan menjana syiling. Syiling itu merupakan kunci yang digunakan unutk memindahkan rekod atau unit kepada orang lain tanpa gangguan daripada mana-mana pihak ketiga yang dipercayai.

Kebaikan “Cryptocurrency”

Salah satu kebaikan mata wang kripto ialah desentralisasi. Desentralisasi merupakan salah satu kebaikan keanan ia menydeiaka persekitaran yang lebih dipercayai dan mempertingkatkan penyelarasan data. Mata wang kripto juga mudah dibeli. Di Malaysia, terdapat beberapa platform yang menyediakan servis membeli Crypto.com dan Luno. Mata wang kripto boleh dibeli menggunakan pelbagai mata wang, termasuklah Dollar Amerika Syarikat. Proses menukar kadar pertukaran mata wang tempatan semasa membuat pembelian mudah kerana terdapat banyak e-dompet mata wang kripto.

Keburukan “Cryptocurrency”

Untuk mata wang kripto, sesiapa sahaja boleh milik e-dompet yang disulitkan tanpa dapat dikenal pasti. Ini mengakibatkan pihak kerajaan atau pihak ketiga tidak dapat mengesan transaksi atau memantau perkara yang dilakukan dalam talian. Mata wang kripto juga digunakan dalam aktiviti-aktiviti haram dalam jaringan gelap. Salah satu mata wang yang kripto yang kerap digunakan dalam aktivit tersebut ialah Bitcoin.

Leave a Comment