Invoice factoring boleh membantu perniagaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang invoice factoring dan kelebihannya untuk perniagaan anda dalam artikel ini.
Adakah bisnes anda bergelut dengan masalah aliran tunai yang tidak konsisten?
Adakah anda ingin meluaskan perniagaan anda tetapi banyak invoice yang masih tidak ditunaskan?
Bisnes anda telah siapkan projek juta-juta dari syarikat besar tetapi invoice mengambil masa yang telalu lama untuk dibayar?
Jika anda menghadapi mana-mana masalah di atas, pemfaktoran invois atau invoice factoring adalah solusi paling tepat untuk anda!
Apa itu Invoice Factoring dalam Perniagaan?
Invoice factoring adalah satu proses di mana anda menjual invoice anda (apa itu invoice?) ke syarikat pemfaktoran untuk pulangan tunai yang lebih pantas. Pemberi kontrak daripada badan-badan kerajaan ataupun syarikat-syarikat mega seperti GLC (Goverment Linked Companies) dan PLC (Public Limited Companies) kebiasaanya mengambil masa sehingga 90 hari untuk memproses invoice anda dan melunaskan bayaran invoice tersebut. Namun, jika anda berurusan dengan syarikat pemfaktoran, anda boleh mendapatkan wang tersebut dengan lebih pantas. Oleh disebabkan itu, proses ini akan memberi banyak kelebihan kepada bisnes anda untuk terus berkembang.
Kelebihan Invoice Factoring untuk Perniagaan
1. Aliran tunai yang lebih baik
Apabila anda membuat pemfaktoran invois dengan syarikat pemfaktoran, ia akan menjanjikan aliran tunai yang lebih baik. Hal ini kerana, anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mendapat bayaran invoice tersebut. Malah, kebiasaannya anda boleh mendapatkan tunai sehingga 80-90% nilai invoice hanya dalam masa beberapa hari selepas anda faktorkan invoice anda. Hal ini membolehkan anda untuk mengurus kewangan anda dengan lebih baik dan tidak perlu berlengah untuk melunaskan kos-kos yang ditanggung anda sebelum ini. Baca lebih lanjut tentang apa itu aliran tunai dan kenapa ianya penting untuk perniagaan anda di sini.
2. Lebih Peluang untuk Mengembangkan Perniagaan
Jika sebelum ini anda tidak dapat meluaskan perniagaan anda akibat kekangan tunai, kini anda tidak perlu risau lagi! Pemfaktoran invois membolehkan anda untuk fokus dalam perniagaan anda, jadi anda boleh menambah baik servis yang ditawarkan atau mempelbagaikan produk syarikat anda. Dengan aliran tunai yang lebih baik dan konsisten, anda boleh mengendalikan syarikat anda tanpa perlu risau dengan invoice yang masih belum dibayar oleh pemberi kontrak. Baca lebih lanjut tentang bagaimana invoice factoring dapat membantu mengembangkan syarikat anda di sini.
3. Proses Permohonan yang lebih mudah
Apabila anda ingin mengambil pinjaman daripada bank, kebiasaannya bank-bank ini akan melihat skor kredit syarikat dan meminta 1001 dokumen daripada anda. Proses ini sangatlah rumit dan menyusahkan. Syarikat pemfaktoran kebiasaannya lebih bertimbang-rasa dan bertolak ansur dengan profil syarikat anda. Jadi, walaupun syarikat anda masih baru atau skor kredit anda masih rendah, syarikat anda masih mempunyai peluang untuk memohon invoice factoring. Ini akan membuka lebih banyak peluang untuk syarikat anda berkembang dan meluas.
Kesimpulan
Invoice factoring mungkin jawapan yang anda cari-cari selama ini untuk menyelesaikan masalah pengurusan kewangan bisnes anda. Dengan memanfaatkan solusi ini, anda boleh mendapatkan wang dengan lebih pantas, aliran tunai yang lebih baik, dan peluang yang lebih besar untuk syarikat anda. Jika anda merasakan bahawa invoice factoring sesuai untuk perniagaan anda, hubungi kami dan biar kami uruskan invoice anda!