Kemerosotan Nilai Mata Wang Malaysia

Kementerian Kewangan (MOF) berkata penyusutan mata wang ringgit bukanlah daripada kelemahan asas ekonomi negara mahupun kegagalan daripada kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mengambil langkah berjaga-jaga. Beliau juga berkata, pada tahun 2022, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) (AS) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 425 mata asas dengan masa yang singkat antara Mac hingga November bagi menangani isu inflasi yang tinggi.

Nilai mata wang dolar Amerika Syarikat telah melonjak naik berbanding mata wang dunia termasuk nilai ringgit. Ini adalah kerana peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat yang tinggi dan agresif. BNM telah menaikkan kadar faedah sebanyak 100 bps sebanyak empat kali secara beransur-ansur bermula Mei sehingga November 2022. Ia membuatkan pertukaran nilai ringgit kepada dolar AS menyusut sebanyak 12.2% dari Januari hingga 4 November 2022.

Penurunan Mata Wang

Dapat dilihat ringgit Malaysia terus mencatat aliran penurunan untuk ditutup rendah berikutan tiada penunjuk baharu serta sentimen pasaran yang lemah. Sehingga pukul 6 petang, unit tempatan terus merosot daripada 4.4335/4370 dolar AS kepada 4.4755/4805.

Peneraju Federal Reserve (Fed) Bank of Cleveland Loretta Mester menyatakan bahawa data inflasi yang tinggi membuatkan kadar faedah meningkat serta memberi tekanan kepada ringgit. Indeks Harga Pengguna, Indeks Harga Pengeluar dan Perbelanjaan Penggunaan Perida juga meningkat melebihi jangkaan. Selain itu, kemunculan AS-China menyebabkan banyak plabur beralih daripada pelaburan Asia.

Ringgit tempatan meningkat daripada 5.3308/3350 kepada 5.3246/3300 dengan Britain dan menyusut berbanding Yen Jepun daripada 3.2804/2833 kepada 3.2670/2706.

Nilai ringgit juga menyusut berbandig euro daripada 4.6933/6970 kepada 4.6986/7034 dan jatuh kepada dollar Singapura daripada 3.2970/3001 kepada 3.2990/3062.

Leave a Comment