Sebenarnya, masih ada antara kita dan usahawan di luar sana yang belum fahami sepenuhnya kelebihan pemfaktoran invois dan konsepnya, yang merupakan aktiviti dimana syarikat menggunakan satu kaedah kewangan yang menjualkan invois mereka kepada pihak pemfaktoran untuk wang tunai yang pantas.
Di samping dapat meningkatkan kondisi aliran tunai syarikat, invoice factoring juga sebenarnya berkelebihan berbanding kebanyakan pinjaman tradisional. Ikuti artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang kelebihan pemfaktoran invois berbanding pinjaman tradisional.
1. Proses Lebih Pantas (Kelebihan Pemfaktoran Invois)
Anda dapat jimat lebih masa tanpa perlu tertunggu-tunggu kerana proses pemfaktoran invois sememangnya lebih pantas berbanding pinjaman tradisional. Ini kerana pembiayaan invois cuma akan memakan masa beberapa hari,tetapi pinjaman tradisional memerlukan masa yang lebih panjang kerana prosedurnya sukar.
2. Kurangkan Tanggungan Anda
Syarikat anda tidak perlu sediakan jaminan peribadi dan aset seperti yang dikehendaki dalam pinjaman tradisional bagi syarat lulus pembiayaan, kerana pembiayaan bergantung kepada nilai invois anda. Jadi, pemfaktoran invois lebih fleksibel bagi anda dan layak dipercayai tanpa kerumitan yang luar dari kebiasaan.
3. Pertingkatkan Aliran Tunai (Kelebihan Pemfaktoran Invois)
Dengan kelebihan peroleh wang tunai secara mudah dan segera dengan cara menjual invois anda kepada pihak pemfaktoran, aliran tunai syarikat anda turut akan menerima impak positif. Oleh itu, ini berupaya menguatkan lagi pertumbuhan dan rencana operasi syarikat anda.
4. Mudah Untuk Diakses
Dibandingkan dengan pinjaman tradisional, pemfaktoran invois sudah tentu lebih mudah untuk anda akses kerana tiada kriteria yang ketat seperti pinjaman bank. Syarat yang diletakkan seringkali lebih rendah dan proses kelulusan akan dimudahkan, menjadikan ia pilihan terbaik untuk anda.
5. Penambahbaikan Keseluruhan Kewangan
Dengan peningkatan aliran tunai dan manfaat fleksibiliti yang anda akan peroleh, ini turut akan membawa kepada perubahan kewangan syarikat anda secara menyeluruh ke arah yang lebih ekstensif.
Anda yang berhasrat ingin menggunakan khidmat pemfaktoran invois dinasihatkan agar lihat dan nilai dahulu situasi kewangan syarikat sebelum meneruskan langkah. Jika anda bernasib baik, keinginan untuk peroleh wang tunai dengan segera akan tercapai sebaik sahaja tersedia senarai dokumen dan syarat yang dikehendaki.