Industri Minyak & Gas: Bagaimana Commerze Capital boleh Bantu Anda melalui Pemfaktoran Invois, Pra-Pembiayaan dan Khidmat Nasihat Kewangan

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan secara mendalam bagaimana Commerze Capital dapat menyediakan penyelesaian kewangan untuk memberi manfaat kepada industri Minyak & Gas. Kita akan membincangkan sejarah Minyak & Gas di Malaysia, bagaimana industri ini berfungsi, dan siapa pemain utama dalam industri Minyak & Gas, Kemudian kita akan melihat masalah biasa yang sering timbul dalam industri dan bagaimana Commerze Capital dapat membantu menangani masalah ini.

Sejarah Ringkas Industri Minyak & Gas di Malaysia

Penerokaan minyak & gas di Malaysia bermula lebih dari satu abad yang lalu, apabila Shell menemui telaga minyak pertama di negara ini di Sarawak, pada tahun 1910. Exxon dan Shell kemudiannya diberikan kebenaran untuk meneroka dan menghasilkan minyak di bawah Akta Perlombongan Petroleum 1966, yang pada mulanya mengawal aktiviti minyak & gas di Malaysia dengan syarat pembayaran royalti dan cukai kepada kerajaan.

Kemudian, kerajaan menyedari bahawa kawalan ke atas sumber petroleum negara adalah lebih strategik. Oleh itu, Akta Pembangunan Petroleum (PDA 1974) telah diwujudkan di bawah Rancangan Ekonomi Baru. Dengan kelulusan Akta ini, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dengan hak eksklusif ke atas semua sumber minyak & gas Malaysia telah ditubuhkan. Maka lahirlah syarikat Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).

Kini, Malaysia berfungsi sebagai satu hab penting dalam perdagangan minyak & gas di peringkat global, dengan PETRONAS menjadi salah satu pengeluar LNG terbesar di dunia. Terletak di pasaran eksport LNG ketiga terbesar di dunia, Malaysia mempunyai lebih daripada 400 medan minyak & gas, dan merupakan rizab kedua terbesar di ASEAN. Ekosistem yang pesat ini merupakan salah satu faktor utama yang mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia, menyumbang sehingga 20% daripada KDNK tahunan negara.

Apakah Syarikat Industri Minyak & Gas Terkemuka di Malaysia?

Malaysia telah berjaya meletakkan dirinya untuk memenuhi keperluan rantaian minyak & gas di rantau ini. Hal ini seiring dengan matlamat negara untuk menjadi salah satu hab minyak & gas yang penting di dunia. Kini, ekosistem ini terdiri daripada lebih daripada 3500 syarikat minyak antarabangsa, bebas, perkhidmatan dan pembuatan.

Beberapa syarikat minyak & gas domestik dan antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.
Beberapa syarikat minyak dan gas domestik dan antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.

Di sini, kami senaraikan beberapa syarikat minyak & gas terbesar yang beroperasi di Malaysia.

1. PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad)

PETRONAS sebagai syarikat minyak & gas Malaysia bukan sahaja peneraju pasaran domestik tetapi juga pemain industri yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Ia terus komited untuk menyumbang kepada penyelesaian tenaga hijau dan lestari. Ia adalah syarikat pembekal minyak & gas yang terkemuka dan didedikasikan untuk memacu kemajuan masyarakat. Dengan hampir 50,000 pekerja dan rangkaian global yang mencapai lebih 100 buah negara, PETRONAS dinilai antara firma terbesar di dunia berdasarkan pendapatan dalam senarai Fortune Media IP Ltd 2022 Fortune Global 500®. Pada 2024, PETRONAS bakal meraikan 50 tahun penubuhannya pada 17 Ogos ini.

2. Shell Malaysia

Shell Malaysia, sebuah anak syarikat Royal Dutch Shell, menggabungkan kepakaran mereka di peringkat global dengan kehadiran serantau yang kukuh, untuk memberikan sumbangan besar kepada keperluan tenaga di Malaysia. Sehingga 2024, Shell Malaysia telah beroperasi di negara ini selama 133 tahun. Ia bermula sejak mereka beroperasi sebagai “Marcus Samuel & Company” dan menubuhkan depot penyimpanan minyak di pelbagai pelabuhan di Negeri-Negeri Selat. Hari ini, Shell mengekalkan kehadiran yang kukuh di negara ini melalui pelaburan jangka panjang, perkongsian inovasi, dan sumbangan kepada masyarakat tempatan. Mereka telah membantu merintis industri minyak &n gas di Malaysia dan memacu pertumbuhannya.

3. ExxonMobil Malaysia

Sebagai sebahagian daripada ExxonMobil, ExxonMobil Malaysia menawarkan standard global kepada Malaysia, di samping menyediakan bekalan sumber tenaga yang konsisten untuk negara. Mereka meraikan ulang tahun yang ke-130 tahun menjalankan perniagaan di Malaysia pada tahun 2023. Mereka telah berkembang daripada menjual minyak tanah untuk mentol lampu kepada membangunkan beberapa loji minyak & gas utama negara, dan kini meneroka kemungkinan projek penangkapan dan penyimpanan karbon untuk peralihan tenaga. ExxonMobil Malaysia terus menjadi antara pengeluar tenaga terbesar di Malaysia, masing-masing menyumbang kira-kira 40% dan 50% daripada pengeluaran minyak mentah dan gas asli di Semenanjung Malaysia.

4. TotalEnergies Malaysia

TotalEnergies berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang inovatif dan mesra alam, menyumbang kepada pembangunan mampan di Malaysia. Syarikat ini pertama kali memasuki Malaysia pada tahun 1985 di bawah jenama ELF, hari ini mengedarkan pelincir, salutan kaca, minyak industri, dan produk khusus.  Kini, mereka kebanyakannya aktif di Malaysia dalam pasaran solar, dan sektor penerokaan minyak & gas. Mereka juga mengetuai beberapa inisiatif jangkauan komuniti di negara ini. TotalEnergies Malaysia hari ini mempunyai kira-kira 6% dalam pegangan pasaran dan memperoleh lebih daripada RM130 juta setahun.

5. Chevron Malaysia Limited

Kepakaran global Chevron menjanjikan bekalan sumber tenaga yang konsisten, sekaligus menggalakkan kemajuan ekonomi dan tanggungjawab alam sekitar di Malaysia. Di Malaysia, mereka terkenal dengan rangkaian stesen minyak Caltex® yang meluas di serata negara ini. Pada tahun 2016, Chevron Malaysia Limited meraikan tahun ke-80 bertapak di Malaysia. Kakitangan mereka bekerja dalam pemasaran, perkilangan pelincir, dan operasi terminal. Chevron Malaysia Limited juga terlibat aktif dalam komuniti tempatan, dan memberi tumpuan kepada pelaburan sosial dalam pendidikan, pembangunan, dan latihan kemahiran dalam industri minyak & gas.

Bagaimana Industri Minyak & Gas Beroperasi?

Industri minyak & gas dibahagikan kepada aktiviti upstream, midstream, dan downstream. Aktiviti upstream termasuk penerokaan, pembangunan, serta pengeluaran minyak dan sumber gas. Aktiviti midstream dan downstream pula merangkumi pengangkutan minyak dan gas, penapisan dan pemprosesan, serta penjualan dan perdagangan produk.

Segmen-segmen berbeza dalam industri minyak & gas.
Segmen-segmen berbeza dalam industri minyak dan gas.

Penerokaan, pengeluaran dan pembangunan minyak & gas sering memerlukan perkhidmatan teknikal tertentu. Kebanyakan perkhidmatan ini adalah kontrak yang diberikan kepada kontraktor pihak ketiga yang melaksanakannya di bawah perjanjian yang dikenali sebagai kontrak perkhidmatan minyak & gas.

Berikut adalah beberapa elemen penting dalam operasi perkhidmatan industri minyak & gas:

A. Badan Pengurusan dalam Industri Minyak & Gas

Malaysia Petroleum Management (MPM). Agensi di bawah PETRONAS ini menguruskan proses tender untuk sumber minyak & gas negara. Mereka bertindak bagi pihak PETRONAS sepanjang kitaran hayat projek minyak dan gas di peringkat upstream.

B. Kelayakan

Jika kontraktor ingin mengambil bahagian dalam aktiviti penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas, mereka harus memohon dan menerima lesen daripada PETRONAS dalam bentuk kontrak “Petroleum Arrangement” (PA) di antara PETRONAS dan kontraktor (yang akan dirujuk sebagai Kontraktor PA). Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Pelesenan dan Perolehan PETRONAS di sini.

Apa itu Kontrak PA?

Kontrak Petroleum Arrangement (PA) merupakan dokumen utama yang mengawal selia aktiviti dalam sektor upstream minyak & gas di Malaysia. Ia menetapkan terma, keadaan, hak, dan tugas semua pihak yang berkenaan.

Kontrak PA kebiasaanya akan menetapkan:

Tempoh & Skop Kontrak

Kawasan Kontrak

Program Kerja & Belanjawan

Pengurusan & Operasi

Bahagian Pengeluaran Kasar & Pemulihan Kos

Akaun & Audit

Perolehan peralatan, kemudahan, barangan, bahan, bekalan dan perkhidmatan

Undang-undang Tadbir & Penyelesaian Pertikaian

Cukai

Pengabaian (Abandonment)

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Kontrak dan Garis Panduan PETRONAS di sini.

C. Pencarian Tender dalam Industri Minyak & Gas

Malaysia Petroleum Management (MPM) akan menerbitkan peluang tender di laman web mereka. Selain itu, platform perolehan negara, ePerolehan, akan mengumpul semua tender daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuk yang berkaitan dengan minyak dan gas. Sebagai syarat umum, mana-mana syarikat yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana agensi Kerajaan hendaklah mendaftar melalui laman web ePerolehan terlebih dahulu. Bagi kontrak yang melebihi RM500,000, tender secara terbuka hendaklah dikeluarkan oleh agensi yang berkaitan.

D. Proses Tender

1. Pra-Kelayakan

Syarikat menyatakan minat dalam tender dan mengemukakan dokumen untuk menunjukkan kelayakan dan ketersediaan mereka untuk menjalankan projek. Ini kebiasaanya melibatkan kepakaran teknikal, pengalaman, kemampuan kewangan, dan pensijilan keselamatan.

2. Pelawaan tender (ITT)

Syarikat yang disenarai pendek menerima ITT dengan dokumen tender terperinci yang menggariskan skop projek, spesifikasi, kriteria penilaian, dan tarikh akhir penyerahan bida.

3. Penyediaan Bida

Syarikat menyediakan cadangan bidaan yang komprehensif berdasarkan keperluan ITT. Ini biasanya termasuk cadangan teknikal yang menggariskan pendekatan dan metodologi mereka, bersama dengan cadangan komersial yang memperincikan harga dan garis masa projek. Bon bidaan mungkin diperlukan pada peringkat ini.

4. Penyerahan dan Penilaian Bida

Syarikat mengemukakan bidaan mereka pada tarikh akhir. MPM menilai bidaan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, yang mungkin termasuk kecekapan teknikal, pengalaman, kekuatan kewangan, dan harga yang dicadangkan.

5. Pemberian Tender

MPM memilih pembida yang menang berdasarkan penilaian dan merundingkan terma kontrak. 

6. Pelaksanaan Kontrak

Kontraktor kemudiannya akan menyiapkan projek yang dianugerahkan mengikut kontrak, termasuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan mengenai cara menguruskan penerokaan, pengeluaran dan pembangunan minyak dan gas. Kerajaan Malaysia mengutamakan penggunaan bahan dan perkhidmatan tempatan dalam projek minyak dan gas.

7. Pengeluaran Invois

Selepas kerja selesai, kontraktor kemudian akan mengeluarkan invois kepada pemberi kontrak. Pemberi kontrak akan memproses invois dan membayar kontraktor mengikut jumlah yang perlu dibayar. Ini boleh mengambil masa sehingga 90 hari kerana pemberi kontrak memerlukan masa untuk memproses invois dan memastikan ia baik untuk pembayaran.

Cabaran dalam Industri Minyak & Gas

Di sini, kami menyenaraikan beberapa cabaran yang sering dihadapi oleh syarikat minyak & gas terutamanya PKS dalam industri minyak & gas di Malaysia.

1. Aliran Tunai yang Rumit

Projek minyak & gas biasanya memerlukan syarikat untuk melabur banyak wang untuk setiap projek. Kebanyakkan projek dalam industri adalah projek berpulangan tinggi dengan risiko tinggi. Hal ini menyebabkan syarikat-syarikat kecil akan bergelut dengan projek-projek ini. Pembayaran daripada pemberi kontrak juga boleh menjadi lambat kerana proses kelulusan yang rumit dan panjang. Tekanan aliran tunai ini boleh menghalang keupayaan syarikat untuk memenuhi kos operasi dan mengambil bahagian dalam projek lain.

2. Keperluan Modal yang Besar

Kontraktor memerlukan banyak modal untuk memulakan projek dan kebanyakan pemberi kontrak akan mengutamakan kontraktor dengan aliran tunai yang sihat dan boleh dipercayai. Proses mendapatkan tender kadang-kadang memerlukan penyerahan bon bidaan, yang boleh menjadi beban kewangan yang besar, terutamanya untuk syarikat-syarikat kecil.

3. Akses Kewangan yang Terhad

Syarikat-syarikat kecil mungkin bergelut untuk mendapatkan pinjaman tradisional kerana risiko yang sering terkait dengan projek minyak dan gas. Bank lebih berhati-hati untuk memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat kecil, terutamanya syarikat baru tanpa sejarah kredit.

4. Kos Tambahan yang Tidak Dijangka

Walaupun dengan perancangan yang teliti, akan berlakunya keadaan yang tidak dijangka sewaktu menjalankan projek. Hal ini boleh menyebabkan kos projek bertambah dan melebihi belanjawan asal. Ini akan membebankan kewangan syarikat dan berpotensi untuk menjejaskan penyiapan projek.

Bagaimanakah Commerze Capital Boleh Membantu Anda dalam Industri Minyak & Gas?

1. Pemfaktoran Invois (Invoice Factoring)

Pemfaktoran invois membolehkan syarikat menerima bayaran yang cepat untuk sebahagian besar daripada nilai invois mereka, Hal ini bermakna mereka tidak perlu menunggu lama untuk menerima pembayaran invois mereka. Ini akan menyelesaikan masalah aliran tunai mereka dan membolehkan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek. Mempunyai aliran tunai yang sihat juga bermakna mereka boleh bergerak dengan lancar ke projek seterusnya dan kelihatan lebih dipercayai kepada pemberi kontrak. Anda boleh baca lebih lanjut tentang bagaimana pemfaktoran invois boleh membantu syarikat anda di sini.

2. Pra-Pembiayaan (Pre-Financing)

Pra-pembiayaan daripada Commerze Capital boleh membantu syarikat menampung sebarang kos pendahuluan untuk memulakan projek. Ini boleh meningkatkan kelayakan dan daya tarikan mereka untuk menyertai tender. Commerze Capital juga menyediakan khidmat Surat Sokongan yang menyatakan bahawa kontraktor disokong secara kewangan dengan kemudahan kami untuk memberikan jaminan tambahan kepada pemberi kontrak.

3. Khidmat Nasihat Kewangan (Financial Advisory)

Khidmat nasihat kewangan yang ditawarkan oleh Commerze Capital dapat membantu syarikat-syarikat kecil mendapatkan pinjaman untuk membantu mereka dengan modal mereka. Selain itu, syarikat pemfaktoran seperti Commerze Capital, biasanya lebih bertolak-ansur untuk menyediakan perkhidmatan kewangan berbanding bank. Mempunyai akses kepada dana tambahan membolehkan syarikat menyesuaikan diri dengan situasi yang tidak dijangka tanpa menjejaskan kemajuan projek atau memberi kesan kepada pelaksanaan tender.

Apakah Kelebihan Pemfaktoran Invois, Pra-Pembiayaan dan Khidmat Nasihat Kewangan dalam Industri Minyak & Gas?

1. Aliran Tunai yang Lebih Baik

Kelebihan terbesar bagi invoice factoring ialah akses yang cepat kepada sebahagian besar daripada nilai invois. Ini membantu syarikat minyak dan gas merapatkan jurang aliran tunai antara penyiapan projek dan pembayaran pemberi kontrak, yang boleh mengambil masa sehingga 90 hari kerana proses kelulusan yang panjang. Aliran tunai yang lebih baik membolehkan syarikat memenuhi kos operasi, melabur dalam projek masa depan, dan juga mendapatkan tender tambahan.

2. Tekanan Kewangan yang Berkurangan

Dengan bantuan penyelesaian kewangan seperti pra-pembiayaan, ia dapat meringankan beberapa beban kewangan yang mungkin ditanggung oleh syarikat anda. Dengan meringankan beban kewangan kos berkaitan tender, pra-pembiayaan membantu syarikat minyak dan gas anda mengelakkan bebanan modal anda untuk memulakan projek.

3. Pengurusan Risiko & Kewangan yang Lebih Baik

Nasihat kewangan membantu syarikat membangunkan belanjawan projek yang realistik, aliran tunai yang lebih baik, dan mengurangkan sebarang risiko. Pendekatan proaktif ini menghalang sebarang komplikasi yang tidak dijangka dan memastikan penyelesaian projek berjalan lancar.

Kesimpulan

Dengan menggunakan gabungan perkhidmatan Pemfaktoran Invois, Pra-Pembiayaan dan Khidmat Nasihat Kewangan, syarikat minyak dan gas boleh mendapat kelebihan daya saing yang signifikan dalam keseluruhan proses, daripada mendapatkan tender kepada menyiapkan projek.  Pendekatan komprehensif ini dapat menangani pelbagai cabaran kewangan, meningkatkan kesihatan kewangan secara keseluruhan, dan akhirnya meningkatkan peluang syarikat untuk mendapatkan kontrak berharga dalam industri minyak dan gas di Malaysia.

Commerze Capital boleh menjadi penyelesaian sehenti untuk perniagaan anda mengambil bahagian dalam industri minyak dan gas di Malaysia. Kami boleh menawarkan gabungan pemfaktoran invois, pra-pembiayaan, dan khidmat nasihat kewangan, dan membantu anda mengatasi halangan kewangan anda!

Leave a Comment