FinTech di Malaysia: Apa yang anda perlu tahu?

Apa itu FinTech di Malaysia?

FinTech ialah singkatan bagi “Financial Technology” atau “Teknologi Kewangan” dalam Bahasa Melayu. Ia merujuk kepada penggunaan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan dan memodenkan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk pelbagai aplikasi seperti pembayaran digital, perbankan dalam talian, insurans digital, pengurusan pelaburan, dan platform pinjaman, yang semuanya bertujuan untuk memudahkan, mempercepatkan, dan menjadikan proses kewangan lebih efisien dan mudah diakses.

Pada tahun 2024, Malaysia dijangka mengalami perkembangan pesat dalam sektor teknologi kewangan atau FinTech, berikutan peningkatan penggunaan digital, sokongan daripada peraturan kerajaan, pelaburan yang besar, serta peningkatan jumlah bakat dalam bidang tersebut.

Perkara ini menjadi faktor utama yang mendorong arah aliran baru dalam FinTech di Malaysia.

5 trend utama FinTech di Malaysia 2024

Kami tertarik dengan penulisan mengenai trend Fintech di Malaysia dari fintechnews.my pada Januari 2024. Berikut kami rumuskan kepada anda 5 trend utama Fintech yang akan membentuk Malaysia menjadi negara yang pesat.

1. Pertumbuhan pesat dalam landskap perbankan digital (FinTech di Malaysia)

Kemunculan bank digital seperti Boost Bank, AEON Bank, dan GXBank telah memacu inovasi dalam industri perbankan. Tahun ini, dijangka dua bank digital baru akan dilancarkan, melonjakkan persaingan sihat dan menawarkan perkhidmatan perbankan yang lebih mudah serta mampan.

2. Kemajuan dalam eKYC dan identiti digital

Kemunculan penyelesaian identiti digital seperti MyDigital ID dan PADU dijangka akan menggantikan kaedah pengesahan konvensional. Dengan penggunaan teknologi biometrik canggih, proses pengesahan akan menjadi lebih selamat dan mudah.

3. Kemajuan dalam insurtech melalui DITO

Pemberian lesen Pengendali Insurans dan Takaful Digital (DITO) dijangka akan mencipta peluang baru dalam industri teknologi insurans atau insurtech. Inisiatif ini diharapkan dapat mengatasi masalah insurans yang tidak mencukupi dan mendorong inovasi serta pertumbuhan dalam sektor tersebut.

4. Modal teroka dan pertumbuhan syarikat permulaan

Inisiatif seperti Penjana dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara dijangka akan mempertingkatkan modal teroka serta menyokong pertumbuhan syarikat pemula fintech. Dengan sokongan dan pembiayaan daripada kerajaan, diharapkan akan berlaku peningkatan dalam inovasi dan perkembangan ekosistem fintech. Ini juga berpotensi menarik lebih banyak pelabur asing dan bakat ke Malaysia, menjadikan negara sebagai pusat inovasi fintech.

5. Tarikan dalam Fintech Islam

Fintech Islam di Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan pesat dengan kemunculan bank digital Islam baharu dan penasihat robo Islam yang berlesen. Permintaan yang tinggi dan sokongan kawal selia menjadi faktor utama dalam pengembangan sektor ini. Dengan adanya sokongan kawal selia yang progresif, semangat keusahawanan, dan pertumbuhan ekonomi yang pesat, industri fintech Malaysia bersedia untuk terus berkembang pada tahun 2024. Melalui inovasi dan peningkatan akses kepada perkhidmatan kewangan, Malaysia dijangka akan terus memimpin dalam industri fintech di rantau Asia Tenggara.

Kebaikan-Kebaikan FinTech di Malaysia

Kecekapan dan keberkesanan tinggi

Pelanggan mendapat layanan yang lebih cekap dan keberkesanan tinggi dengan menggunakan FinTech. Hal ini dikatakan kerana dengan FinTech, pelanggan boleh membuat pembayaran digital, pengurusan kewangan atau proses pinjaman secara atas talian. Ini dapat menjimatkan masa dan pelanggan tidak perlu datang ke bank untuk membuat perjumpaan serta membawa pelbagai dokumen. Dengan kemudahan internet dan “Paperless” ini telah memudahkan dan mempercepatkan masa anda untuk mendapat layanan kewangan yang lebih pantas dan cekap. Tambahan pula, FinTech juga dapat membantu untuk mengawal kewangan kita. Kita juga boleh mengawal kestabilan wang antara wang masuk dengan wang keluar.

Sistem pembayaran yang automatif & segera

Hal ini dikatakan demikian kerana pelanggan boleh membuat pembayaran produk atau servis secara online dan mendapat produk atau servis tersebut secara segera dan cepat hanya dari rumah. Selain itu, penjual atau para perusahaan juga boleh mendapatkan pembayaran secara “cashless” via electronic transfer atau internet banking, secara tidak langsung ia juga sangat membantu sesebuah syarikat atau perniagaan.

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

Disini dikatakan demikian kerana masyarakat boleh mendapatkan akses permodalan untuk membuka perniagaan baru. Dengan sistem pembayaran juga memudahkan perniagaan atau perusahaan tersebut mengembangkan besar ke seluruh dunia. Di sini juga masyarakat lebih mudah dalam membangun dan mengembangkan perniagaan demi peningkatan taraf hidup.

“Notification” Pembayaran

Sistem pembayaran dengan FinTech sangat tepat dan cekap. Kita tidak perlu risau menentukan jumlah wang yang telah dibayar kerana setiap pembayaran akan ada info atau ‘Notification’ pembayaran yang telah dijelaskan.

Kos yang lebih rendah

Penggunaan teknologi biasanya mengurangkan kos operasi, dan penjimatan ini boleh diteruskan kepada pengguna melalui yuran yang lebih rendah.

Kelemahan-Kelemahan FinTech di Malaysia

Memerlukan Internet

Bagi pengusaha yang baru mula, mereka akan memerlukan perbelanjaan atau kos yang besar untuk memulai usahanya kerana untuk mendapatkan pelayanan teknologi kewangan ini, pengusaha harus menyediakan kemudahan seperti komputer, ‘tablet’ atau ‘smartphone’ yang telah terhubung dengan internet. Layanan teknologi kewangan ini hanya boleh diakses dengan internet.

Layanan teknologi kewangan tidak boleh digunakan semua pelanggan, terutama pelanggan yang belum mendapatkan pengaksesan internet atau belum menerima maklumat tentang teknologi kewangan ini.

Keselamatan & Privasi (FinTech di Malaysia)

Sistem FinTech yang bergantung pada teknologi digital berpotensi menjadi sasaran serangan siber dan pencurian data. Risiko pelanggaran keselamatan serta pengurusan data peribadi yang tidak mencukupi boleh mengancam keselamatan pengguna.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah peningkatan keselamatan siber perlu dilaksanakan agar sebarang ancaman dapat dielakkan.

Kebergantungan pada Teknologi

Pengguna FinTech bergantung pada infrastruktur teknologi yang dapat mengalami gangguan atau kesalahan sistem. Masalah ini boleh mengganggu pengaksesan atau transaksi.

Jenis-Jenis Syarikat FinTech di Malaysia

1.    Proses pembayaran

Syarikat pemprosesan pembayaran digital menawarkan penyelesaian pembayaran digital yang menghapuskan keperluan untuk tunai fizikal atau kad kredit/debit tradisional. Sebaliknya, mereka menyediakan kaedah yang selamat dan mudah, seperti dompet mudah alih, pembayaran tanpa sentuh dan peer-to-peer (P2P).

2.    Memberi pinjaman

Syarikat pinjaman dalam talian telah mengubah cara pinjaman tradisional dengan memanfaatkan algoritma dan analisis data untuk menawarkan pinjaman yang cepat dan mudah. Mereka menghubungkan peminjam secara langsung dengan pemberi pinjaman, tanpa perlu melalui institusi kewangan seperti bank atau kesatuan kredit

3.    Pengurusan kewangan peribadi

Pengurusan kewangan peribadi kini semakin popular, dengan orang ramai menjadi lebih prihatin tentang kewangan mereka. Syarikat Pengurusan Kewangan Peribadi (PFM) menyediakan penyelesaian yang membolehkan pengguna mengkategorikan perbelanjaan mereka dan memantau aliran kewangan mereka.

4.    Perbankan (FinTech di Malaysia)

Bank tradisional kini berdepan dengan persaingan ketara daripada syarikat permulaan FinTech yang menyediakan penyelesaian teknologi perbankan, termasuk neobank (bank digital yang beroperasi secara eksklusif dalam talian) dan sistem perbankan teras.

5.    Perniagaan

FinTech turut mengubah landskap pelaburan melalui platform pelaburan yang memudahkan akses ke pasaran kewangan untuk pelabur individu. Syarikat-syarikat ini memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kecekapan dan aksesibiliti perdagangan melalui platform pembrokeran dalam talian. Dengan cara ini, individu boleh membeli dan menjual aset kewangan walaupun sedang dalam perjalanan.

6.    Blockchain & Cryptocurrency

Salah satu penggunaan teknologi blockchain yang paling terkenal ialah penciptaan mata wang kripto yang berfungsi dalam rangkaian peer-to-peer yang dikuasakan oleh teknologi blockchain. Selain menghasilkan mata wang alternatif, teknologi blockchain juga telah membantu syarikat FinTech dalam meningkatkan keselamatan dan kecekapan dalam pelbagai proses, termasuk pengurusan rantaian bekalan, pengesahan identiti, dan penyimpanan data.

7.    Teknologi Insurans

Syarikat Insurtech memanfaatkan inovasi teknologi untuk memperbaiki dan menyederhanakan sektor insurans. Mereka menggunakan teknologi canggih seperti AI, pembelajaran mesin, dan analisis data besar untuk menyediakan produk dan perkhidmatan insurans yang diperibadikan. Dengan alat-alat ini, mereka dapat memastikan pemprosesan tuntutan yang cepat, menentukan kelayakan untuk pembayaran balik, dan mengumpulkan data pelanggan yang luas untuk merangka pelan insurans yang khusus.

8.    Teknologi Pematuhan

Syarikat RegTech membantu perniagaan mengurus peraturan yang rumit dengan lebih cekap dan efektif sambil mengurangkan risiko ketidakpatuhan. Dengan mengautomatikkan proses pematuhan menggunakan teknologi digital, syarikat-syarikat ini dapat menjimatkan masa dan sumber sambil memastikan kepatuhan yang tepat terhadap keperluan kawal selia. Selain itu, RegTech menyediakan pemantauan dan pelaporan masa nyata, membolehkan pihak pengawal selia memahami industri dengan lebih mendalam dan mengenal pasti risiko atau isu pematuhan yang mungkin timbul.

Syarikat FinTech Terbaik di Malaysia 2024

  1. GXBank – Pautan
  2. GHL – Pautan
  3. Bigpay – Pautan
  4. Square Capital – Pautan
  5. Visa – Pautan
  6. Finology – Pautan
  7. PolicyStreet – Pautan
  8. TNG Digital – Pautan
  9. Axiata Digital – Pautan
  10. CapBay – Pautan
  11. Soft Space – Pautan

Commerze Capital – Ke Arah Pendigitalan Industri Pembiayaan Kontrak Di Malaysia

Commerze Capital juga akan memasuki era pendigitalan syarikat. Seharusnya ini dapat membantu kecekapan dan kelancaran perkhidmatan pembiyaan kontrak kami dari segi pemfaktoran invois (invoice factoring), pra pembiayaan (prefinancing) mahupun khidmat nasihat kewangan (financial advisory) kami.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh isi di ruangan pertanyaan dibawah dan pegawai terlatih kami akan membantu anda!

Leave a Comment