FinTech Dapat Memajukan Malaysia Untuk Masa Hadapan

Apakah yang dimaksudkan dengan FinTech?

Fintech adalah singkatan daripada Financial Technology yang bermaksud Teknologi Kewangan. FinTech merujuk kepada teknologi yang digunakan dalam industri kewangan iaitu perbankan mudah alih, “peer-to peer (P2P)”, “insurtech“, dan sebagainya. Selain itu, ianya boleh digunakan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif dalam industri kewangan. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk pembayaran digital, pelaburan dan pengurusan aset, yang boleh digunakan oleh individu dan syarikat untuk mengurus kewangan mereka dengan lebih berkesan. 

Bagaimana FinTech dapat membantu dalam memajukan Malaysia pada masa hadapan?

Adakah ia dapat membantu memulihkan ekonomi Malaysia?

Sektor FinTech di Malaysia terus berkembang dan masih menyesuaikan diri untuk memenuhi keperluan pengawal selia, pelanggan dan pelabur. Peningkatan aplikasi FinTech seperti pembayaran mudah alih dan tanpa tunai pada tahun 2020 pada masa ini telah mengakibatkan perubahan dalam cara pengguna menjalankan transaksi dan cara bank menyediakan perkhidmatan. 

Di Malaysia, kerajaan telah mengambil tindakan untuk menggalakkan pertumbuhan teknologi ini dengan membenarkan syarikat FinTech beroperasi dan menyediakan perkhidmatan kewangan. Kerajaan juga telah mengeluarkan peraturan yang membenarkan syarikat ini beroperasi secara sah dan memberi perlindungan kepada pelanggan. Ia dijangka dapat membantu meningkatkan persaingan dalam industri kewangan dan inovasi, yang boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pelanggan. Intihanya, FinTech membantu meningkatkan kecekapan dan rangkuman kewangan di Malaysia, serta memajukan pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. 

Kesimpulan

Di sini, dapat disimpulkan bahawa revolusi ini memberi kesan positif kepada pasaran pekerjaan dan sektor kewangan negara dari segi penubuhan syarikat dan mencari bakat baharu dalam industri yang berkembang pesat. Pembayaran yang dibuat merentasi sempadan telah meningkat dengan pesat. Dapat dilihat bahawa ini telah menjadikan perkara lebih mudah untuk perusahaan dan peniaga yang bercita-cita tinggi yang cuba berkembang di peringkat global. Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), perkembangan dalam FinTech Malaysia sedang mengubah persekitaran industri kewangan negara. Kerajaan hendaklah menambah baikkan lagi teknologi ini untuk menarik lebih ramai bakat dalam sektor teknologi. Oleh itu, adalah penting untuk kerajaan bersedia menangani risiko yang akan berlaku kepada kestabilan dan pembangunan ekonomi negara.

1 thought on “FinTech Dapat Memajukan Malaysia Untuk Masa Hadapan”

Leave a Comment