Perkembangkan bisnes merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai usahawan yang baru menjejaki ke dalam industri bisnes. Perkembangan bisnes akan bantu menjaminkan keuntungan. Antara cara-cara yang boleh dilakukan untuk kembangkan bisnes anda akan dibincangkan dalam paparan ini.
Kembangkan Bisnes Anda Dengan Rangkaian Media Sosial dan Pemasaran Viral
Laman sosial sering dikunjungi oleh orang zaman sekarang. Memasarkan produk atau servis melalui media sosial atau enjin pencarian seperti Google dan Yahoo, akan bantu mencapai ramai orang yang berpotensi untuk menjadi pelanggan. Platform media sosial yang kerap digunakan ialah Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok. Jika maklumat yang disampaikan menunjukkan peningkatan dari segi jumlah dan trafik, maka pencarian di Search Engine Optimization (SEO) akan dipengaruhi secara baik. Cara yang sering digunakan ialah memasarkan produk di media sosial bersama selebriti atau influencer.
Pengiklanan Media Berbayar
Pemasaran melalui radio atau media televisyen melibatkan kos yang tinggi. Sekarang, sosial media mempunyai servis pengiklanan yang berbayar yang dapat kembangkan bisnes. Yang sering digunakan sekarang ialah servis pay per click (PPC). Pengiklanan ini berfungsi dengan pelanggan akan menaip nama produk atau perkataan yang berkenaan dengan produk. Setelah keluar iklan tentang produk atau servis, pelanggan akan tekan pada iklan yang paling menonjol atau yang mengikut citarasa pelanggan. Kalau iklan ini ditekan, barulah syarikat akan bayar ke pihak enjin pencarian. Yang membuat servis ini termasuklah Facebook dan Instagram. Sekiranya ingin mengurangkan kos, iklan juga boleh dibuatkan dalam grup Facebook yang menawarkannya secara percuma.
Pemasaran Internet
Pemasaran internet bermaksud penggunaan pemasaran atas talian dengan menggunakan e-dagang. E-dagang dapat membantu kembangkan bisnes. Pemasaran media sosial juga termasuk dalam pemasaran internet. Sebagai contoh, jika pelanggan mendapati bahawa produk atau servis yang disediakan itu bagus. Mereka akan sebarkan kepada orang ramai tentang produk atau servis tersebut di laman web. Dengan ini, ada orang yang akan tertarik dengan produk dan servis yang disediakan dan akan menjadi seorang pelanggan. Oleh itu, pemasaran ini dapat mendatangkan banyak pelanggan baru dan akan mengembangkan bisnes.