Kontrak Kerajaan Boleh Dibiaya Melalui Pemfaktoran Invois (Invoice Factoring) Sebagai Alternatif

Kontrak kerajaan di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, ia penting untuk pertumbuhan ekonomi dengan merangsang peluang perniagaan bagi syarikat tempatan dan menarik pelaburan asing.

Malah, pelaksanaan projek-projek infrastruktur besar yang dibiayai oleh kontrak kerajaan turut menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor.

Selain itu, kontrak kerajaan juga berperanan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan awam yang penting seperti jalan raya, sekolah, hospital, dan kemudahan awam lain.

Maksud Kontrak Kerajaan

Kontrak Kerajaan (perolehan kerajaan) bermaksud urusniaga atau pembelian oleh kerajaan kepada usahawan-usahawan yang membekalkan produk atau perkhidmatan kepada pihak kerajaan. Ia dilakukan melalui sebut harga (tender), pembelian terus atau kontrak pusat.

Cara Untuk Mendapatkan Tender Kontrak Kerajaan

Usahawan mestilah mendaftar di portal e-perolehan. Secara keseluruhannya, e-perolehan adalah sistem dalam talian bertujuan untuk memudahkan usahawan membuat tawaran produk atau perkhidmatan kepada kerajaan

Cara Memohan di Portal E Perolehan

  1. Mendaftar di portal e-Perolehan.
  2. Pilih akaun pembekal dan klik seterusnya.
  3. Masukkan Captcha untuk pengesahan.
  4. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik submit.
  5. Terima email dari MOF untuk kod pengaktifan.
  6. Aktifkan akaun dalam masa 7 hari daripada tarikh terima emel.
  7. Setelah akaun aktif, anda akan terima email untuk Login ke sistem eperolehan.
  8. Login ke portal e-Perolehan dan tukar kata laluan.
  9. Muatnaik katalog perniagaan di bahagian upload catalogue.
  10. Buat permohonan softcert setelah muatnaik katalog.
  11. Untuk permohonan softcert, sediakan dokumen sokongan iaitu:
    1. Kad pengenalan pendaftar
    2. Sijil pendaftaran syarikat
    3. Surat rasmi permohonan
  12. Muatnaik dan klik submit.
  13. Terima emel apabila permohonan softcert berjaya.
  14. Klik pautan pada emel dan tetapkan pin serta soalan keselamatan.
  15. Anda boleh semak tender-tender terkini disini

Pemfaktoran Invois (Invoice Factoring) Sebagai Alternatif Pembiayaan

Pemfaktoran Invois (Invoice Factoring) bermaksud pembiayaan invois tertunggak yang di biaya oleh syarikat pemfaktoran seperti Commerze Capital. Tambahan pula, ia merupakan salah satu alternatif pembiayaan syarikat yang memperolehi kontrak kerajaan.

Syarikat yang sudah menyelesaikan kontrak kerajaan, mereka akan mengeluarkan invois. Invois ini akan dibayar oleh pihak kerajaan dalam masa 30/60/90 hari. 

Ada syarikat yang mempunyai aliran tunai yang sempit terutama kepada syarikat-syarikat baru. Oleh itu selain membuat pinjaman bank, mereka menggunakan khidmat pemfaktoran invois untuk melancarkan aliran tunai syarikat. 

Proses dan Cara Memohon Pemfaktoran Invois (Invoice Factoring) Untuk Kontrak Kerajaan

  1. Isi borang permohonan untuk pemfaktoran invois disini
  2. Pegawai akan menghubungi anda untuk dokumen syarikat.
  3. Setelah pihak syarikat pemfaktoran menerima dokumen lengkap, mereka akan melakukan proses penilaian kredit dan risiko.
  4. Jika perniagaan anda diluluskan, syarikat pemfaktoran akan memberikan surat tawaran perjanjian pemfaktoran.
  5. Semak terma dan syarat dan tandatangan.
  6. Hantar notis pemberitahuan pemfaktoran kepada pengeluar kontrak untuk kelulusan pemfaktoran.
  7. Beri 3 salinan invois kepada syarikat pemfaktoran untuk cop pemfaktoran dan beri 1 salinan pada pengeluar kontrak, 1 salinan kepada syarikat pemfaktoran dan 1 salinan untuk simpanan sendiri.
  8. Syarikat pemfaktoran akan mengesahkan invois dengan pengeluar kontrak dan membiayai invois tersebut dalam masa lebih kurang 24 hingga 48 jam. Kadar pendahuluan sehingga 80 peratus dari nilai invois.
  9. Apabila pengeluar kontrak membuat pembayaran kepada syarikat pemfaktoran, syarikat pemfaktoran akan menolak semua caj pemfaktoran dan memulangkan baki kepada anda.

Dokumen Yang Diperlukan

Milikan Tunggal Perkongsian(Sole Proprietor/Partnership)Syarikat Sendirian/Awam Berhad(Private/Public Limited CompanyPerkongsian Liabiliti Terhad(Limited Liability Partnership)
Borang Perakuan Pendaftaran PerniagaanBorang 24/Seksyen 78,51Sijil Perakuan Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
Maklumat Perniagaan Dari SSMBorang 44/Seksyen 46(3)Maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad SSM
Penyata Pendapatan & Kunci Kira-Kira – 3 TahunBorang 49/Seksyen 14,58Penyata Pendapatan & Kunci Kira-Kira – 3 Tahun
Penyata Akaun Semasa Bank – 6 BulanBorang 32APenyata Bank – 6 Bulan
Sijil Pendaftaran Kementerian KewanganBorang Pulangan Tahunan SyarikatSijil Pendaftaran Kementerian Kewangan
Salinan IC Pemilik/Rakan KongsiMemorandum & Artikel SyarikatSalinan IC Pemilik/Rakan Kongsi
Profil PerniagaanPenyata Kewangan Yang Telah Diaudit – 3 TahunProfil Perniagaan
Profil Pemilik/Rakan Kongsi & Kakitangan Pengurusan UtamaPenyata Bank – 6 BulanProfil Pemilik/Rakan Kongsi & Kakitangan Pengurusan Utama
Salinan Kontrak/Tender Yang Memerlukan PembiayaanSijil Pendaftaran Kementerian KewanganSalinan Kontrak/Tender Yang Memerlukan Pembiayaan
Sebut Harga Daripada PembekalSalinan IC PengarahSebut Harga Daripada Pembekal
Anggaran Aliran Tunai ProjekProfil Pengarang, Pemegang Saham & Kakitangan UTamaAnggaran Aliran Tunai Projek
Salinan Surat Tawaran Bagi Kemudahan Perbankan/Kredit Dari Institusi Kewangan LainSalinan Kontrak/Tender Yang Memerlukan PembiayaanSalinan Surat Tawaran Bagi Kemudahan Perbankan/Kredit Dari Institusi Kewangan Lain
Sebut Harga Daripada Pembekal
Anggaran Aliran Tunai Projek
Salinan Surat Tawaran Bagi Kemudahan Perbankan/Kredit Dari Institusi Kewangan Lain

Cara Mengira Margin Keuntungan (Profit Margin) Untuk Memohon Pembiayaan Pemfaktoran Invois (Invoice Factoring)

Syarikat pemfaktoran akan mengira margin keuntungan syarikat sebelum memutuskan untuk membiayai invois syarikat anda. Kebiasaannya jika margin keuntungan syarikat lebih daripada 30%, permohonan anda lebih senang untuk diluluskan.

Dibawah ialah cara untuk mengira margin keuntungan syarikat:

[ (Nilai Kontrak) – (Jumlah Kos) ] ÷ (Nilai Kontrak) x 100 = 30% keatas

Kelebihan Untuk Syarikat Yang Mendapat Kontrak Kerajaan

Terdapat 5 kelebihan jika anda menggunakan khidmat pembiayaan pemfaktoran invois bersama Commerze Capital:

  1. Melancarkan aliran tunai syarikat. 
  2. Tidak perlu membuat pinjaman daripada bank.
  3. Boleh menjalankan projek-projek lain.
  4. Senang untuk menerima kontrak kerajaan.
  5. Projek akan menjadi lebih lancar tanpa perlu bimbang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, untuk menaikkan lagi industri di Malaysia, Commerze Capital melancarkan program Bangkit SME demi membantu golongan usahawan kecil & sederhana melalui pembiayaan kami. Melalui servis pemfaktoran invois, pra pembiayaan dan khidmat nasihat kewangan, menjalankan projek-projek kerajaan, GLC mahupun PLC akan menjadi lebih senang dan mudah. InsyaAllah.

Leave a Comment