Kebebasan kewangan bermaksud situasi dimana kita masih akan ada duit lebih dan simpanan walaupun sudah berbelanja atau situasi di mana duit bukan lagi menimbulkan kerisauan. Terdapat banyak cara-cara yang boleh diambil agar kebebasan kewangan dapat dicapai awal. Kita harus berkorban agar masa depan kita lebih senang. Antara cara-cara yang boleh diambil ialah:
Menetapkan Matlamat Kewangan
Kita perlu mengetahui apa yang kita mahu capai dan bila kita mahu capai matlamat tersebut. Dengan mempunyai matlamat yang spesifik, kemungkinan untuk mencapai matlamat tersebut akan menjadi lagi tinggi. Hal ini kerana kita akan menjadi lebih berhati-hati dengan pilihan yang dibuat setiap hari. Matlamat kita juga dapat dijadikan sebagai panduan dalam hidup agar kita dapat elak perkara yang tidak membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Bajet Kewangan
Penggunaan bajet kewangan boleh membantu dengan mencapai kebebasan kewangan kerana ia akan membantu kita tetapkan berapa yang perlu dibelanja untuk membeli barang yang diperlukan. Oleh itu, perbelanjaan yang sia-sia dapat dielakkan. Ini akan membuatkan kewangan seseorang lebih kukuh.
Membuat Pelaburan
Pelaburan dapat membantu untuk menjana pulangan dan kembangkan duit simpanan dan boleh dibuatkan dengan pelaburan risiko rendah. Pelaburan dapat membantu untuk mencapai kebebasan kewangan, tetapi bergantung kepada jenis pelaburan yang diambil. Ini kerana pelaburan juga ada pulangan dan kerugian bergantung pada jenis pelaburan yang telah diambil. Oleh itu, jika ingin melabur, seeloknya belajar dahulu tentang pelaburan agar dapat membuat pilihan yang terbaik.
Elak Tangguh Bayar Hutang
Untuk ini, komitmen – komitmen yang perlu dibayar harus disenaraikan untuk mendapatkan gambaran situasi kewangan dengan keseluruhannya. Setelah mendapat gambaran kewangan kita, kita dapat memantau situasi kewangan yang sedang dialami. Hutang haruslah dibayar awal agar akibat-akibat bayaran hutang lambat dapat dielak. Antara akibat-akibat yang boleh dihadapi ialah penjejasan skor kredit CCRIS and CTOS, nama disenarai hitamkan atau diisytihar muflis jika terlalu banyak hutang tertunggak.
Gaya Hidup yang Lebih Sederhana
Mempunyai gaya hidup yang mewah akan mendatangkan akibat yang negatif pada kewangan kita. Sebaliknya, kita haruslah mempunyai gaya hidup yang lebih sederhana dan menjimatkan. Ini boleh bantu untuk mengelak diri daripada boros berbelanja. Pengorbanan ini harus dilakukan agar kebebasan kewangan dapat dicapai lebih awal.