Cantikkan Aliran Tunai Bisnes Anda! Ini Proses Permohonan Pemfaktoran Invois (Invoice Factoring)

Proses permohonan pemfaktoran invois melibatkan beberapa langkah bagi memastikan syarikat pemfaktoran boleh menilai kelayakan kredit perniagaan anda dan menentukan syarat perjanjian pemfaktoran. Berikut adalah garis panduan umum bagi permohonan pemfaktoran:

1. Hubungi Syarikat Pemfaktoran

Pertama sekali, hubungi syarikat pemfaktoran. Anda boleh menjalankan langkah ini melalui laman web rasmi mereka, email atau menghubungi terus ke nombor syarikat.

2. Beri Maklumat Syarikat Anda

Syarikat pemfaktoran akan meminta maklumat asas tentang perniagaan anda, seperti nama syarikat, industri, hasil tahunan serta nilai purata invois tunggakan anda.

Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Milikan Tunggal Perkongsian
(Sole Proprietor/Partnership)
Syarikat Sendirian/Awam Berhad
(Private/Public Limited Company
)
Perkongsian Liabiliti Terhad
(Limited Liability Partnership)
Borang Perakuan Pendaftaran PerniagaanBorang 24/Seksyen 78,51Sijil Perakuan Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
Maklumat Perniagaan Dari SSMBorang 44/Seksyen 46(3)Maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad SSM
Penyata Pendapatan & Kunci Kira-Kira – 3 TahunBorang 49/Seksyen 14,58Penyata Pendapatan & Kunci Kira-Kira – 3 Tahun
Penyata Akaun Semasa Bank – 6 BulanBorang 32APenyata Bank – 6 Bulan
Sijil Pendaftaran Kementerian KewanganBorang Pulangan Tahunan SyarikatSijil Pendaftaran Kementerian Kewangan
Salinan IC Pemilik/Rakan KongsiMemorandum & Artikel SyarikatSalinan IC Pemilik/Rakan Kongsi
Profil PerniagaanPenyata Kewangan Yang Telah Diaudit – 3 TahunProfil Perniagaan
Profil Pemilik/Rakan Kongsi & Kakitangan Pengurusan UtamaPenyata Bank – 6 BulanProfil Pemilik/Rakan Kongsi & Kakitangan Pengurusan Utama
Salinan Kontrak/Tender Yang Memerlukan PembiayaanSijil Pendaftaran Kementerian KewanganSalinan Kontrak/Tender Yang Memerlukan Pembiayaan
Sebut Harga Daripada PembekalSalinan IC PengarahSebut Harga Daripada Pembekal
Anggaran Aliran Tunai ProjekProfil Pengarah, Pemegang Saham & Kakitangan UtamaAnggaran Aliran Tunai Projek
Salinan Surat Tawaran Bagi Kemudahan Perbankan/Kredit Dari Institusi Kewangan LainSalinan Kontrak/Tender Yang Memerlukan PembiayaanSalinan Surat Tawaran Bagi Kemudahan Perbankan/Kredit Dari Institusi Kewangan Lain
Sebut Harga Daripada Pembekal
Anggaran Aliran Tunai Projek
Salinan Surat Tawaran Bagi Kemudahan Perbankan/Kredit Dari Institusi Kewangan Lain

3. Serah Permohonan (Proses Permohonan Pemfaktoran Invois)

Seterusnya, anda perlu melengkapkan surat permohonan kemudian serahkan kepada syarikat pemfaktoran beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.

4. Syarikat Pemfaktoran Akan Memproses Permohonan Anda

Syarikat pemfaktoran akan proses permohonan pemfaktoran invois, termasuk semakan kredit pada perniagaan, penilaian invois pelanggan serta semakan penyata kewangan anda. 

5. Kelulusan dan Cadangan (Proses Permohonan Pemfaktoran Invois)

Jika perniagaan anda diluluskan untuk pemfaktoran invois, syarikat pemfaktoran tersebut akan memberikan surat tawaran perjanjian pemfaktoran.

6. Menandatangani Surat Perjanjian

Anda perlu baca dan semak terma dan syarat dengan teliti dan memahami konteks tersebut sebelum menandatanganinya. 

7. Notis Pemberitahuan Pemfaktoran

Anda perlu menghantar notis pemberitahuan pemfaktoran kepada pengeluar kontrak untuk kelulusan pemfaktoran.

8. Penyerahan Invois

Anda perlu menghantar 3 salinan invois kepada syarikat pemfaktoran untuk cop pemfaktoran. Menghantar 1 salinan pada pengeluar kontrak, 1 salinan kepada syarikat pemfaktoran dan 1 salinan untuk simpanan sendiri. 

9. Pengesahan dan Pembiayaan

Syarikat pemfaktoran akan mengesahkan invois dengan pengeluar kontrak dan membiayai invois tersebut yang mengambil masa lebih kurang 24 hingga 48 jam. Kadar pendahuluan sehingga 80 peratus dari nilai invois pelanggan 

10. Kutipan dan Pembayaran (Proses Permohonan Pemfaktoran Invois)

Apabila pengeluar kontrak membuat pembayaran kepada syarikat pemfaktoran, syarikat pemfaktoran akan menolak semua caj pemfaktoran dan memulangkan baki kepada anda.

Sebelum anda membuat permohonan kepada mana-mana syarikat pemfaktoran, adalah penting untuk menyemak dengan teliti syarat perjanjian pemfaktoran, termasuk struktur kos dan sebarang bayaran tambahan yang mungkin dikenakan. Pastikan anda mengekalkan komunikasi terbuka dengan syarikat pemfaktoran sepanjang proses.

Setiap syarikat pemfaktoran mungkin mempunyai prosedur khusus tersendiri, maka proses permohonan akan berbeza mengikut tempat. Pastikan anda memilih syarikat pemfaktoran bereputasi yang selaras dengan keperluan dan matlamat perniagaan anda. 

Jika berminat, anda boleh isi borang permohonan dibawah.

Leave a Comment