Bagaimana untuk Mendapat Modal Perniagaan?

Modal perniagaan merupakan salah satu faktor yang mempercepatkan perkembangan bisnes dan memerlukan jumlah yang banyak. Rakyat Malaysia beruntung kerana menyediakan bantuan modal perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana dan juga usahawan baru yang ingin menubuhkan perniagaan. Bantuan kewangan ini kebanyakkannya tidak perlukan penjamin, cagaran, distruktur mengikut projek dan mempunyai risiko yang rendah. Terdapat beberapa bantuan untuk modal perniagaan.

Soft Loan Schemes For Service Sector (SLSSS)

Bantuan ini disediakan oleh Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan menyediakan bantuan kepada syarikat-syarikat baru agar dapat melahirkan usahawan-usahawan yang menawarkan servis dalam bidang perkhidmatan yang baru. Kriteria untuk memohon bantuan ini termasuklah syarikat harus didaftar di bawah Akta Syarikat 1965, mempunyai premis sah dan 60% ekuiti oleh rakyat Malaysia. Jumlah pembiayaan ialah sehingga RM5 juta dan kadar faedah ialah 4.0% bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini, layari laman web mereka atau hubungi mereka melalui nombor telefon 03-2173 8888.

Soft Loan for SMEs (SLSME)

Bantuan ini juga disediakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan bantuan akan diberi pada projek, aset tetap dan pembiayaan modal kerja kepada syarikat yang baru dan syarikat baru. Bantuan ini juga disediakan kepada IKS berniaga di premis tidak berlesen yang ingin berniaga di premis yang sah. Untuk memohon, syarikat harus didaftar di bawah Akta Syarikat 1965, mempunyai premis sah dan 60% ekuiti oleh rakyat Malaysia. Bagi projek dan aset tetap, bantuan yang disediakan ialah sebanyak RM5 juta. Sebanyak RM3 juta pula disediakan bagi pembiayaan modal kerja. Jumlah RM500 ribu pula disediakan bagi perkakasan dan perisian Teknologi Maklumat. Kadar faedah telah ditetapkan sebanyak 4.0% faedah.

Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP)

Bantuan ini diberi kepada usahawan IKS bumiputera yang berpotensi untuk berjaya di seluruh Malaysia. Program ini disediakan oleh SME Corporation Malaysia dan merangkumi bantuan dari segi kewangan dan khidmat nasihat. Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi jika ingin memhon bantuan tersebut. Kriteria-kriteria termasuk syarikat didaftar bawah Akta Syarikat 1965 atau Pendaftaran Perniagaan, memenuhi kriteria IKS, pemilik merupakan 100% bumiputera, mempunyai lesen yang sah dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan. Jumlah pembiayaan yang disediakan ialah 50% daripada jumlah projek atau maksimum sebanyak RM500 ribu. Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau hubungi mereka dengan nombor telefon 03-2775 6000.

Leave a Comment