Tabiat buruk dalam pengurusan kewangan adalah punca utama sebuah perancangan tidak tercapai seperti yang dihasratkan. Rata rata masalah kewangan yang sering disebut seperti hutang yang tidak selesai atau muflis sebenarnya berpunca daripada tabiat buruk seseorang itu sendiri dalam mengurus kewangannya. Contoh tabiat buruk seperti melabur tanpa ilmu yang kukuh, sering berhutang dan belanja tanpa had.
Untuk menjauhi diri anda dari tabiat buruk pengurusan kewangan, kenali 5 langkah yang wajar anda praktikkan agar kewangan anda lebih terkawal dan memberikan jaminan masa hadapan.
1. Senarai Perbelanjaan (Tabiat Buruk Pengurusan Kewangan)
Senarai kos belanja amatlah penting lebih-lebih lagi buat pelajar lepasan universiti supaya dapat mengawal perbelanjaan dan elak dari berlaku pembaziran. Anda dapat lihat jumlah perbelanjaan dari semasa ke semasa dan membezakan setiap jumlah kasarnya. Ini dapat membantu dalam menentukan sejauh mana ia memenuhi motif kewangan anda.
2. Matlamat Perbelanjaan
Matlamat yang mengelirukan akan memberi halangan dalam menentukan keutamaan perbelanjaan anda. Penetapan matlamat menjaminkan kepastian dalam pengurusan kewangan serta dapat membantu anda membuat keputusan yang seiring dengan objektif awal kewangan.
3. Fahami Hutang Sedia Ada
Lunaskan terlebih dahulu hutang kad kredit anda, bil yang terkumpul atau hutang yang selainnya. Hentikan penggunaan kad kredit jika hutang sedia ada telah mengatasi had. Fahaman terperinci berkaitan hutang membantu anda dalam merancang kewangan secara menyeluruh.
4. Sokongan Emosi (Tabiat Buruk Pengurusan Kewangan)
Minta sokongan emosi dari keluarga dan kenalan rapat untuk mengubah tabiat pengurusan kewangan anda. Nasihat dan sokongan secara konsisten dari mereka yang terdekat dapat meminimumkan tekanan psikologi anda berkaitan isu kewangan sekaligus menghasilkan dorongan positif.
5. Menangguhkan Dahulu Pembelian
Elakkan sikap terburu buru semasa membuat pembelian bagi memberi anda peluang menilai sendiri keperluan sebenar pembelian tersebut. Keberkesanan berfikir dapat mengelakkan terjadinya pembelian impulsif dan berupaya memberikan kepuasan yang lebih besar pada suatu masa.
Dengan menyelami aspek psikologi perbelanjaan ini, anda dapat membentuk tabiat kewangan yang lebih sihat. Cara yang kami kongsikan di dalam artikel ini adalah cara paling efisien yang menjamin kestabilan kewangan anda untuk jangka masa panjang.