Apa itu Pembiayaan Invois?

Invoice Financing atau Pembiayaan Invois adalah strategi pintar untuk perniagaan yang ingin mendapatkan wang tunai dengan lebih pantas!

Adalah biasa bagi perniagaan mengalami aliran tunai yang tidak tetap. Namun, aliran tunai yang tidak tetap digabungkan dengan simpanan tunai yang terhad boleh menimbulkan masalah bagi perniagaan dan pengurusnya. Perniagaan yang sedang berkembang, khususnya, sering menghadapi cabaran ini secara serentak, terutamanya dalam sektor B2B (Business to Business) yang bergantung pada terma kredit iaitu, pelanggan mungkin mempunyai 45, 60, 90 hari untuk membuat pembayaran. Jadi, bagaimana kita nak atasi masalah ini? Dalam situasi ini, syarikat kadangkala mencari Pembiayaan Invois untuk menukarkan akaun terimaan mereka kepada tunai. Pembiayaan Invois boleh menjadi alternatif yang bagus kepada pinjaman bank atau garis kredit untuk syarikat yang sukar mengakses bentuk modal tradisional ini.

Apakah itu Pembiayaan Invois?

Sebagai contoh, apabila perniagaan menjual barang atau perkhidmatan kepada pelanggan besar, seperti pemborong atau peruncit, mereka biasanya akan melakukannya secara kredit. Ini bermaksud pelanggan tidak perlu membayar segera untuk barang yang dibeli. Syarikat pembeli akan diberikan Invois yang menyatakan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar dan tarikh akhir pembayaran tertentu. Walau bagaimanapun, menawarkan kredit kepada pelanggan akan mengikat dana yang mungkin boleh digunakan untuk pelaburan atau pengembangan operasi perniagaan. Untuk membiayai akaun terimaan yang lambat dibayar, maka di sini, Pembiayaan Invois adalah langkah yang bagus dan patut diambil oleh pihak perniagaan!

Pembiayaan Invois adalah cara untuk pihak perniagaan mendapatkan tunai daripada Invois yang belum dibayar. Pembiayaan Invois adalah serupa dengan pinjaman bercagar tradisional kerana ia mempunyai syarat pembayaran tetap dan caj faedah dikenakan pada baki yang belum dilunaskan, tetapi ia menggunakan satu atau lebih Invois sebagai cagaran untuk pinjaman tersebut. Dalam Pembiayaan Invois, tunai yang diterima perniagaan bukan dalam bentuk pinjaman. Sebaliknya, syarikat pembiayaan, sebenarnya ‘membeli’ Invois dan mengambil tanggungjawab untuk pengumpulan invois tersebut.

Bagaimana proses Pembiayaan Invois ini periu dilaksanakan?

Pembiayaan Invois

Membuat permohonan

Pembiayaan Invois

Sediakan lesen memandu atau kad pengenalan

Pembiayaan Invois

Mengemukakan dokumen tertentu

Proses ini bermula dengan perniagaan mengisi permohonan, sering kali secara dalam talian, dan berkongsi butiran mengenai Invois yang ingin dibiayai. Individu yang menguruskan permohonan tersebut perlu menunjukkan beberapa bentuk pengenalan diri, seperti lesen memandu. Biasanya, syarikat juga perlu mengemukakan dokumen lain, seperti cek perniagaan yang belum digunakan, penyata bank, atau penyata kewangan.

Macam mana pengiraan Pembiayaan Invois ni?

Pada hari pertama bulan ini, Klasik Kreatif , sebuah syarikat yang membuat pakaian musim sejuk, baru sahaja menyiapkan kontrak bernilai RM200,000 untuk pakaian siap dengan sebuah rangkaian runcit. Syarikat ini menyedari bahawa kelewatan pembayaran — terma pembayaran runcit adalah 30 hari — akan menyebabkan Klasik Kreatif kekurangan tunai untuk keperluan operasi lain. Jadi, selepas menghantar Invois kepada rangkaian runcit, langkah seterusnya bagi Klasik Kreatif adalah mendekati syarikat yang kadangkala membiayai Invois mereka.

Syarikat pembiayaan mengatakan bahawa ia boleh memindahkan 80% daripada nilai Invois, iaitu RM160,000, kepada Klasik Kreatif. Yuran pemprosesan untuk pinjaman tersebut adalah 2%, dan yuran faktor — yang serupa dengan kadar faedah — akan dikenakan sebanyak 1% setiap minggu sehingga Invois dibayar. Runcit tersebut membayar 21 hari selepas menerima invois, yang bermaksud Klasik Kreatif akan membayar 3% faedah ke atas RM160,000. Keseluruhannya, pemilik Klasik Kreatif berhutang RM8,000 kepada syarikat pembiayaan — RM3,200 untuk pemprosesan ditambah RM4,800 dalam bentuk faedah. Dengan pembayaran di tangan, pembuat pakaian tersebut memindahkan RM168,000 kepada syarikat pembiayaan. Selepas menolak caj pembiayaan daripada jumlah Invois, Klasik Kreatif menerima RM192,000 daripada runcit tersebut. Di sini, Pembiayaan Invois adalah pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda!

Senarai Syarikat Pemfaktoran Terbaik di Malaysia (Pembiayaan Invois)

Ikhtiar Factoring

  • Pekeliling Business Centre, 11, Jalan, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 53000
  • 60 17-633 1543
  • Klik di sini

CapBay

  • Malaysia , Tropicana Indah, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Selangor 47810
  • 60187777000
  • Klik di sini

RCE Marketing

  • 20th Floor, Menara Teo Chew, 1 Jalan, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 50400
  • 603 4047 098
  • Klik di sini

MAAX Factor Sdn Bhd

  • MAA GROUP BERHAD. 13th Floor, No. 566, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 51200
  • 60362568000
  • Klik di sini

Invoice Niaga

  • PJU 3 No, 1, Jalan Tropicana Selatan 1, Tropicana, Petaling Jaya, Selangor 47410
  • 6 03-7890 0071
  • Klik di sini

Sunway Credit

  • Jalan Lagoon Timur, Bandar Sunway, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 47500
  • Klik di sini

Commerze Capital

  • Unit C-10-3A, KL Trillion, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 50400
  • 60186614129
  • Klik di sini

Brix & Vinze (M) Sdn Bhd

  • KL TRADERS SQUARE, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 51000
  • 0162951010
  • Klik di sini

1 thought on “Apa itu Pembiayaan Invois?”

Leave a Comment