Apa itu Aliran Tunai?

Aliran tunai digunakan untuk rekod pergerakan wang tunai dan pelaburan dalam tempoh yang tertentu. Pergerakan keluar masuk tunai memastikan kewangan sesebuah perniagaan itu stabil. Jika kemasukan tunai lebih tinggi daripada keluaran tunai, ini menunjukkan keadaan yang baik dalam kewangan.

Table of Contents

Kepentingan

Aliran tunai boleh digunakan untuk memastikan kewangan bebas daripada masalah-masalah tertentu. Masalah yang boleh dikenalpasti daripada laporan tunai termasuklah masalah tunai. Jika terdapat aliran negatif, ini menunjukkan kewangan sesebuah syarikat itu tidak stabil dan menunjukkan yang syarikat tersebut alami kerugian. Ia juga akan digunakan untuk mengetahui kemajuan sesuatu pelaburan. Ia boleh bantu mengira nilai bersih dan kadar pulangan dan juga boleh menentukan pulangan pada masa depan. Keuntungan dan perkembangan perniagaan juga dapat diukur.

Objektif

Tujuan laporan ini dilakukan adalah untuk jelaskan perubahan wang tunai. Ini bermaksud ia adalah rekod yang menerangkan secara teperinci bagaimana dan berapa tunai yang mengalir daripada syarikat. Ia juga membantu dengan menjelaskan sumber penghasilan wang tunai dan cara ia digunakan lebih jauh dalam tempoh perakaunan tertentu. Aliran tunai juga dapat membantu aktiviti pelaburan dan pembiayaan bukan tunai. Ini akan menjelaskan wang yang digunakan untuk aktiviti bukan teras. Perbelanjaan untuk aktiviti yang bukan teras juga akan memberi kesan signifikan atas aliran tunai semasa dan masa depan syarikat. Selain itu, ia bertujuan untuk menunjukkan keadaan kewangan syarikat. Fokus tidak diberikan pada angka sahaja tetapi bagaimana angka tersebut dicapai. Ia juga dijadikan sebagai perancangan strategi pengurusan dan pandangan masa depan syarikat. Rekod in juga diperlukan untuk keperluan undang-undang. Aliran tunai harus dilaporkan oleh syarikat mengikut piawaian perakaunan. Pengawal selia akan memerlukan dan mengawasi dengan teliti laporan untuk memastikan duit pelabur selamat.

Sebagai kesimpulan, banyak kepentingan yang datang dengan penggunaan aliran tunai. Ia berfungsi sebagai satu petunjuk yang menunjukkan kecairan syarikat. Ia juga berfungsi sebagai laporan yang pelabur boleh kaji dahulu mengenai aliran kewangan sesebuah syarikat. Laporan itu juga dapat menjelaskan bahawa sesebuah syarikat itu sedang menghadapi masalah kewangan atau tidak.

2 thoughts on “Apa itu Aliran Tunai?”

Leave a Comment