DuitNow QR. Mari kita selidik
Awalnya penggunaan DuitNow QR merupakan satu initiatif daripada kerajaan untuk mendigitalisasikan kewangan Malaysia.
Penggunaan DuitNow ini dikenakan caj Merchant Discount Rate (MDR) 0.25 ke 1% untuk setiap transaksi.
Tapi pada 2019, caj MDR dikecualikan sebagai insentif kepada peniaga untuk menggalakkan penggunaan DuitNow. Pengecualian ini dilanjutkan lagi setelah kita dilanda COVID-19.
Adakah anda tahu sebenarnya penggunaan kad kredit dan debit yang selalu kita gunakan telah ada MDR. Harga barangan yang dibayar melalui kad kredit dan debit adalah sama dengan pembelian melalui tunai.
Dengan ini, pihak PayNet memberitahu pelaksanaan semula MDR di dalam penggunaan DuitNow QR tidak akan menjejaskan harga barangan dan perkhidmatan.
Ada yang kata
Oh kalau kita transfer duit guna QR kepada kawan pun kena caj la selepas ini!
Pemindahan P2P ini tidak ada kena mengena dengan caj MDR. Oleh itu jangan khuatir, tiada caj dikenakan untuk pemindahan duit melalui QR kepada kawan anda.
Terkini tentang DuitNow QR
Pada 7 Oktober 2023, Bank-bank utama telah mengambil langkah untuk mengecualikan caj DuitNow atas urus niaga ke atas peniaga mikro & kecil.
Perlu ambil tahu juga
Individu juga tidak akan dikenakan caj penggunaan DuitNow yang tidak melebihi RM5,000
Jom Kami Bantu Kewangan Perniagaan Anda!
Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut 018 661 4129