7 Mitos Invoice Factoring Yang Harus Anda Ketahui

Adakah invoice factoring hanya untuk syarikat besar? Proses invoice factoring rumit dan mahal? Dalam artikel ini, kami kupas dan rungkaikan mitos invoice factoring yang perlu anda tahu!

MITOS #1: Invoice Factoring Hanya Untuk Syarikat Besar

Invoice factoring sebenarnya adalah satu penyelesaian yang ideal untuk semua jenis syarikat lebih lebih lagi untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Hal ini kerana, syarikat-syarikat ini kebanyakkannya akan terkesan teruk dengan bayaran invois yang lewat. Oleh itu, pemfaktoran invois boleh membantu mereka mendapatkan modal kerja (working capital) dengan lebih mudah tanpa perlu memohon pinjaman daripada bank. Malah, pemfaktoran invois mungkin lebih baik untuk mereka berbanding pinjaman tradisional daripada bank. Baca tentang kelebihan pemfaktoran invois berbanding pinjaman tradisional di sini.

MITOS #2: Invoice Factoring Hanya Untuk Syarikat Dengan Masalah Kewangan

Invoice factoring sebenarnya adalah peluang yang bagus untuk semua jenis syarikat walaupun syarikat tersebut tiada masalah kewangan. Ia boleh digunakan untuk membantu mengembangkan bisnes, membiayai projek syarikat, ataupun sekadar untuk melancarkan aliran tunai tanpa perlu menunggu bayaran invois yang lambat. Pemfaktoran invois adalah satu langkah strategik bagi syarikat memastikan aliran tunai mereka sentiasa lancar.

MITOS #3: Invoice Factoring Boleh Memburukkan Hubungan Syarikat Dengan Pelanggan

Sebenarnya, banyak syarikat pemberi kontrak yang faham bahawa pemfaktoran invois adalah satu perkara yang biasa dalam dunia bisnes. Hal ini kerana, pemberi kontrak sering melihat pemfaktoran invois sebagai satu langkah yang proaktif oleh syarikat yang mementingkan aliran tunai yang sihat. Apabila pelanggan anda yakin dengan aliran tunai anda, mereka akan lebih selesa untuk berurusan dengan anda. Hal ini akan menambahbaik hubungan syarikat anda dengan pelanggan.

MITOS #4: Invoice Factoring Hanya Untuk Industri Tertentu

Pemfaktoran invois sebenarnya adalah satu penyelesaian yang fleksibel dan boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan industri tertentu. Kadar pemfaktoran kebiasaannya akan berbeza untuk setiap industri kerana industri yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza. Baca lebih lanjut tentang bagaimana invoice factoring boleh memenuhi keperluan industri yang berbeza di sini.

MITOS #5: Proses Invoice Factoring Terlalu Rumit Dan Mahal

Proses pemfaktoran invois sebenarnya adalah sangat mudah dan mungkin solusi yang lebih murah untuk syarikat anda berbanding pinjaman tradisional bank. Kadar caj pemfaktoran boleh diubah suai mengikut kesesuaian syarikat. Malah, sesetengah syarikat ada menawarkan rebat mengikut tempoh pembayaran invois oleh pemberi kontrak. Baca di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang proses permohonan pemfaktoran invois dengan Commerze Capital.

MITOS #6: Pemfaktoran Invois Hanya Untuk Syarikat Dengan Kredit Skor Tinggi

Syarikat pemfaktoran sebenarnya lebih memahami situasi syarikat anda lebih-lebih lagi jika syarikat anda masih baru dan mempunyai skor kredit yang masih rendah. Syarikat pemfaktoran juga lebih menekankan sejarah pembayaran invois daripada syarikat pemberi kontrak dan lebih bertolak ansur dengan profil kredit syarikat anda berbanding pinjaman tradisional daripada bank. Oleh itu, walaupun syarikat anda masih baru ataupun hanya bersaiz kecil dan sederhana, bisnes anda masih mempunyai peluang tinggi untuk memohon pemfaktoran invois.

MITOS #7: Semua Syarikat Pemfaktoran Adalah Sama

Syarikat pemfaktoran yang berbeza kebiasaannya menawarkan servis berbeza berdasarkan beberapa faktor seperti caj pemfaktoran, kepantasan pembiayaan wang dan lain-lain. Sesetengah syarikat juga hanya membiayai invois daripada pemberi kontrak tertentu atau hanya menerima pelanggan dari sesetengah industri sahaja.

Kesimpulan

Banyak mitos dan salah faham yang sering dialami oleh pelanggan-pelanggan kami berkenaan invoice factoring. Invoice factoring sebenarnya adalah satu penyelesaian yang sangat fleksibel, mudah dan efisien jika anda sedang mencari solusi untuk melancarkan aliran tunai bisnes anda.

Kami di Commerze Capital menyediakan perkhidmatan pemfaktoran invois bagi masa depan aliran tunai anda yang lebih sihat!

✅Surat Sokongan: Kami di Commerze Capital ada menyediakan khidmat penyediaan surat sokongan untuk membantu anda mendapatkan kontrak dengan syarikat pemberi kontrak.

✅100% Patuh Sariah: Perkhidmatan kami adalah selaras dengan undang-undang Syariah mengikut konsep Tawarruq.

✅Kelulusan yang pantas: Permohonan anda boleh mendapat kelulusan sepantas 24 jam.

✅Proses yang mudah: Proses permohonan khidmat kewangan kami adalah mudah dan cepat

✅Tiada cagaran: Anda tidak perlu menyediakan apa apa cagaran untuk memohon dengan kami.

Apa tunggu lagi? Lancarkan aliran tunai anda dan luaskan peluang perniagaan anda dengan Commerze Capital hari ini!

Leave a Comment